"Al, nak gi mane mlm ni"... "Mana la aku tau. Hampa habaq ja nak pi mana. Aku bawak"..."Alaa, ko takkan tak tahu port best kat sini. Kan tempat ko"....yerr memang aku dilahirkan disini. Disunatkan, disekolahkan dan diajar tentang erti kehidupan di negeri ini. Aku anak jati pulau mutiara. Akulah penyokong 'chipsmore' skuad bolasepak harimau kumbang, menang muncul kalah menghilang.. Aku jarang bayar tol sebab tak ada satu jalan pun yang perlu ditolkan didalam kawasan pulau. Kalau lapar aku tak cari restoran mamak atau mana-mana tempat makan yang korang pernah terbaca dari entri-entri 'Top 10...'. Aku balik jamah masakan mak. Passemboq pun aku rasa setahun sekali. Nanti aku tulis tentang mana mau makan dalam Penang. Sekarang ni biar aku habaq lokasi-lokasi strategik sesuai hampa nak melepak. Wokeh?
Sattt sat, izinkan aku berceloteh seperenggan dua. Aku suka ingatkan ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak~ serta masyarakat diluar sana agar tidak memandang serong terhadap geng kaki lepak. Banyak 'input' yang berguna untuk bekalan hidup datangnya dari aktiviti ini. Berapa ramai dari kita mendapat ilham hasil dari melepak. Kerajaan juga aku lihat memandang budaya melepak dari sudut yang positif dan ini terbukti dengan bertambahnya tempat-tempat melepak seluruh negara. Diharap dana yang lebih dapat diperuntukkan agar dinaik taraf tempat lepak ini supaya lebih 'grand' dan awesome.
Pada pandangan aku, tempat lepak akan dipilih berdasarkan kesesuaian. Kelas pelepak, topik perbincangan dan masalah akan menentukan tempat kaki lepak bertapak.
Contoh paling senang :
lelaki bujang+masa depan+jodoh belum sampai = tepi pantai,
pakcik2+politik+PRU dah dekat=kedai kopi,
Makcik2+kuih raya+minggu depan raya=rumah mak jah
Disebabkan aku belum 'research' tempat-tempat lepak untuk pokcik dan mokcik. Wajarlah sekiranya aku khabarkan 'port' untuk golongan bujang 20an dan 30an.
Top 10 tempat lepak dalam pulau Penang:
1- Pesisir laut Bandar Sri Pinang
Tempat ni paling cool bagi aku. Lebih tenang dan kurang pengunjung dari tempat-tempat lepak lain. So takda lah segan kalau nak sembang pasal hal rumah tangga yang belum terbina tu kuat-kuat. Terletak bersebelahan dengan Jelutong Expressway. Tak perlu exit untuk bayar tol keyh. Just follow signboard Bandar Sri Pinang. View yang cantik menghadap tanah seberang (Prai). Ada 4 batang tiang biru yang tinggi sebagai tarikan pengunjung berselfie-wefie. Juga ada Starbuck dan McD disini. Mohon Boikot!. Israeliat. HahaPesisir Bandar Sri Pinang |
2- Pesisir laut Queensbay.
Menarik dan mudah diakses oleh orang pulau mahupun orang seberang sebab turun ja dari jambatan ambil kiri lepas tu kiri lagi terus dan sampai. Semudah aa ba ta. Walaupun kurang tempat duduk khas, korang boleh lepak atau baring atas batu tepi laut berteman bayu yang bertiup lembut dan tikus yang sejinak stuart little. Kalau siang boleh main layang-layang kalau malam pasang angan-angan. Terdapat gerai-gerai makanan dan minuman yang dibuka hingga lewat malam. Kalau dah bosan..masuk mall beli tiket wayang. Kan mudah!.Berangan di tepi laut Queensbay |
3- Pesiaran Gurney @ Gurney Drive
Tidak seperti Quensbay yang memiliki 3 buah 'roundbot', disini cuma ada satu roundbot sebagai tanda selamat datang kepada pengunjung. Jangan risau kerana tempat duduk banyak. Kalau lapar boleh jalan kaki ke foodcourt bersebelahan roundbot. Jalan jauh sikit, boleh sampai ke restoran kapitan dan ada sebuah lagi restoran mamak yang aku dah lupa nama. Ruang yang luas jangan dibazirkan. Baringlah sambil menghayati deruan ombak yang memukul tembok. Pasti menenangkan. Mana nak tau untung sabut timbul aci sorang cun punya hidung mancung, pipi bagai pauh dilayang, bibir basah bak mekarnya mawar, alis mata lentik tak jemu kita memandang, lenggok jalan model peragaan...sekali bersuara Kauu...garaunya. Mohon mintak simpang.Gurney Drive |
4- Padang Kota Lama @ Esplanade
'Legendary' itulah satu perkataan yang sesuai utk tempat ini. Generasi berganti generasi melepak disini. Dengar-dengar Captain Francis Light pun dolu-dolu 'lepakking' disini so no wonder lah u'olls peranakan baba nyonya, kacukan portugis, british, siam, india dan banjarese continue melepak disini. Segala event, konsert dan ceramah agama diadakan disini. Ada juga yang memancing disini. (Rujuk mereka untuk spesis ikan & umpan digunakan). Jalan sekeliling padang kota juga adalah litar lumba 'convertible'. Style kan!!. Malangnya Formula1 & motoGP belum pernah guna trek ni lagi, yang ada cuma kejohanan lumba motosikal cubPrix. Itupun dah cukup riuh aku rasa. Janji ada gadis litar. Wakaka.Ramai yang beriadah di Padang Kota Lama |
5-Bawah Penang Bridge (pulau)
'port' ni remote sikit dari port-port lain rasanya sebab takda apa-apa tarikan. Kelebihannya, kalau hujan korang dilindungi oleh bumbung konkrit diatas kepala, confirm x basah. Ini 1st bridge tau..2nd bridge blom ada yang teroka lg, mungkinkah aku?. Selain view tiang2 jambatan yang mencacak hingga ke seberang, terdapat bot2 yang berlabuh disebelah kanan jambatan mewujudkan scenery yang lawa sewaktu senja. Ramai juga 'joran king' yang test power kat sini. Waktu malam kawasan ni amat gelap, jadi hindarilah diri dari maksiat dan kemungkaran. Hayatilah keindahan jambatan ke-36 terpanjang di bumi, 'Made by Korea'.Pemandangan malam di Penang Bridge |
#pesan berpesan kepada rakan taulan...mohon melepaklah sesama mahram dan jagalah perbatasan pergaulan. Alang-alang kalau dah tak tahan tu kahwinlah. Lepas tu boleh enjoy sakan. Hakhak. Assalamualaikum.
Photo Credit: Blogger, Google
No comments:
Post a Comment