Search This Blog

Serangan Jantung & Glasgow

Monday, 4 August 2014


Sedari tadi aku berlabuh atas sofa buatan China mungkin, yang aku pasti mak aku beli 3-4 tahun dulu dari kedai perabot dekat selekoh depan 'PISA' (penang int. sport arena) yang sekarang ni dah bertukar menjadi 'Spice' atau dalam pemahaman aku umpama menara Pisa yang gah di Itali ditukar menjadi rempah ratus. Dah satu hal kurang mashyur. Tapi tidak mengapa kerana bukan itu tujuan sebenar aku duduk lepak lama-lama atas sofa. Tekanan perasaan aku alami bila mana perlawanan badminton berlangsung di kaca tv. Degupan jantung tidak menentu menunjukkan semangat kesukanan dan 'chenta' akan negara. Wah!

Asal tengok ja kalah. Kalau tunggu berita esok menang pulak dah. Antara dilema rakyat jelata yang dulu aku sorang ja ingat aku macam tu. Kali ni untuk sukan komanwel (btl ke eja camni? lantak) aku tengok sendirian. Lagilah 'suspen' penuh debaran emas jadi sandaran umpama menyambut hari lebaran. Hahaha

Apa-apa pun Team Malaysia dah berjaya. Yeay! Emas ke 5 & 6 berjaya aku tgk dikalungkan kpd atlet Malaysia. Bagus la atlet-atlet muda ni. Harapan negara untuk meneruskan legasi kemenangan dan penjajahan kita dalam sukan badminton di persada dunia. Yosha

>> takda kaitan pun dengan serangan jantung kan! well untuk warga emas still kena jaga-jaga (warga perak & gangsa terkecuali). Hehe. Jangan khusyuk sangat tengok perlawanan tu, khusyuk dalam solat takpe. Wallahuaklam Credit: astro arena (pic)

No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Community

Backpackers Buddies MalaysiaWarga Gunung IPTKelab Kembara Unimap

Wafi's bookshelf

Opera Angkasa
Tiada tajuk
Contengan Jalanan
For One More Day
The Big Bad Wolf
Hijab Sang Pencinta
Digital Fortress
Fighter
Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad
Hamas: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis
Misi Hero
Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna
Takdir : Cahaya Yang Tidak Terpadam
Hero
Legasi Pejuang


Wa's favorite books »