Tips beli tiket airasia murah.
7 step to buy AirtAsia Ticket Online.
Kelas ekonomi AirAsia |
Airasia terkenal dengan penerbangan tambang murah dan diminati ramai. Rakyat berpendapatan rendah tak mampu nak beli tiket yang mahal-mahal, nasib baik ada AirAsia selalu buat offer. Syarikat ini acap kali membuat promosi free seat atau seat yang cuma berharga beberapa sen. Aidilfitri, CNY, Deepavali, Krismas, Merdeka, 16 Sept, hujung tahun, awal tahun, tengah tahun, cuti sekolah dan saja-saja pun Airasia akan mempromosikan tambang percuma.
Antara Promosi AirAsia |
Cara-cara membuat tempahan secara online adalah sangat mudah dan pantas. Here's how to buy Airasia ticket online dan sedikit tips membeli tiket penerbangan. Biasanya berubah dari masa ke masa tapi asasnya still sama.
Step 1
Sekiranya dah tentukan lokasi percutian idaman, terus layari laman web Airasia melalui browser atau aplikasi android (yang sedikit berlainan pada paparan/interface).Step 2
Pilih airport untuk berlepas (Origin) dan airport bagi mendarat (Destination). Pilih tarikh depart dan return. Option untuk penerbangan sehala/one way boleh dipilih sekiranya masih belum tentukan tarikh untuk balik rumah atau takmau balik langsung. Kemudian klik 'search'.Ticket Search box |
#tips - Beli tiket awal. Perbandingan harga yang ketara boleh dilihat antara beli tiket awal dan beli lewat. Boleh berbeza sampai ratus-ratus ringgit.
Step 3
Seterusnya, kita akan memilih waktu dan harga tiket mengikut kemampuan dan kekangan masa. Jumlah bayaran boleh dilihat di kotak kelabu sebelah kanan yang juga memaparkan sedikit detail tentang khidmat yang kita bayar. Selesai klik 'Continue'.
Select ticket dan harga |
graf 'View by Month' |
Step 4
Sampai pula giliran jejari untuk menaip masuk maklumat peribadi. jika dah ada akaun Airasia, boleh terus login. lebih jimat masa. Klik pada 'Guest 1' dan tick pada 'I'm flying' kalau beli tiket untuk diri sendiri.Untuk orang lain kena key in semula k.
Traveler detail |
#tips- tak perlu beli baggage langsung kalau naik flight dengan beg sandang atau backpack laptop atau beg sekolah camtu, sebab boleh bawak naik atas dan letak dalam ruang simpan bag atas kepala. Tapi jangan lebih-lebih sangat, nanti akan disuruh beli sewaktu pemeriksaan,kan susah.
Insurans adalah amat-amat penting, nak naik dengan aman beli jelah lagipun tak mahal sangat. Untuk keselamatan dan kesenangan hati.
Adds ons & Insurans Airasia |
Step 5
Seterusnya, Pick a seat. ikut suka nak pilih tepi tingkap atau tengah-tengah. Ada juga Premium seat yang mungkin dekat dengan toilet atau dekat dengan pintu keluar, entah aku pun tak faham.
Pilihan seat Airasia |
Step 6
Seterusnya adalah semak dan bayar. Ada banyak pilihan untuk bayar dan banyak juga pilihan bank yang ada untuk Internet Banking. Sekiranya menggunakan internet banking, browser akan direct ke page bank kita tu, dan settlekan bayaran jangan dipangkah tab itu ya.
Review dan Pay Airasia |
Step 7
Akhir sekali, kita akan menerima email pengesahan tempahan bersama AirAsia Travel Itinerary dan nombor tempahan ( booking number ). Gunakan nombor tempahan tersebut untuk semak nanti.
14 hari (2 minggu) sebelum terbang, boleh buat check in secara online untuk dapatkan Boarding Pass. Masuk ke laman web Air Asia dan klik Web Check-in.
14 hari (2 minggu) sebelum terbang, boleh buat check in secara online untuk dapatkan Boarding Pass. Masuk ke laman web Air Asia dan klik Web Check-in.
Airasia Web Check-in |
Kalau check in di kaunter, bayaran RM10 dikenakan untuk setiap keping tiket. Print Boarding Pass.
Kalau tak boleh print pun tak perlu risau. Ada 2 option lain:
Kalau tak boleh print pun tak perlu risau. Ada 2 option lain:
- Pilih option telefon pintar semasa proses Check-in dan QR kod akan dihantar ke telefon bimbit . Bila di lapangan terbang, ada kiosk Air Asia. Imbas kod QR untuk print.
- Pilih option e-mail semasa proses Check-in untuk menyimpan salinan Boarding Pass dalam bentuk PDF dan mencetaknya kemudian.
Kata-kata penulis
Selamat bermusafir dan selamat melalui pengalaman pertama menaiki kapal terbang. Rajin-rajinlah check website AirAsia untuk dapat tahu offer terbaru. Selamat meneroka. Assalamualaikum.
Tq
Credit :Airasia.com, Wikipedia
Credit :Airasia.com, Wikipedia
No comments:
Post a Comment