Search This Blog

Kerja Oii! Kerja

Saturday, 23 August 2014

Nak dijadikan cerita, tersebutlah satu hikayat yang mashur diketika ini. Alkisah kini aku kisahkan ratusan ribu yang datang bermukim mencari sepinggan nasi di negara Puracendana. Datangnya mereka dari serata dunia, sejauh banjaran Himalaya dimana terletaknya gunung tertinggi di planet sehingga ke terusan sungai Mekong yang mungkin boleh datang mengembara melalui jalan darat. Variasi kulit mereka pelbagai, susuk tubuh juga berbagai, tutur bicara semestinya takkan difaham, adat budaya dibawa tak ditinggal. Mereka mengembara ke negara khatulistiwa ni semata2 kerana dijanjikan gaji minimum RM900 yang kalau dikira ditukar di'money changer' nanti..ada yang sampai berjuta. Ragam bekerja tak ada sudahnya. Saatnya dah tiba untuk aku tuliskan satu darinya (kalau banyak sapa nk baca??!).

Kisah pertama dan terakhir ni boleh berlaku pada sesiapa. Mungkin berlaku bila2. Nk dibuat untuk berlaku pun boleh!. Suatu petang hari kerja yg indah. Aku macam biasa, plan macam2 untuk habiskan masa sementara nak tunggu pukul 6 nanti. Biasanya aku merayau sekeliling kilang menegur sapa sesiapa yang aku kenal. Dah semua aku ganggu, aku bertafakur pula di surau seawal masuk waktu.Setiap waktu rehat aku gunakan sebaiknya. Selalunya aku dah set 'timing' nak balik. Solat asar 5.45 ptg lepas tu bajet2 pukul 6 mesti depan mesin 'thumbprint'. Menepati masa ni kalau nak dijadikan cerita..dulu 'time' sekolah berasrama walaupun dipupuk tak pernah lekat didiri tapi bila masuk alam bekerja ni automatik kau sharp sekali. Datang awal 10 minit balik tepat pada waktunya. Namun satu kejadian tak diduga telah berlaku. Aku ter'scan' pukul 5.59 arhhhhhhh!!. Terus saat itu juga aku mengakses lebih 99% neuron otak untuk cari penyelesaian masalah ni.(rujuk filem Lucy). Atas kebijaksanaan, aku pi scan satu kali lagi hoho!. Tolong aku mesin scan pleasee.Titt titt.. hmm "IN" allamamak camne boleh 'in' pulak mesin ni. Aku nk 'out' bro.@#%&*/  Perlahan-lahan aku melangkah ke parkir. Sepanjang perjalanan balik ke rumah aku terjerit2 atas motor a aaa a aaa aa. Menyesali prinsip menepati masa yang terlampau tepat. Mungkin isnin pagi nanti aku akan scan out. Total masa kerja sejak jumaat = 62 jam!!.

Pekerjaan di dunia ini tak terkira jumlahnya. Kerja yang mudah dan mengkayakan. Kerja yang teruk gaji minimum RM900. Setiap manusia perlukan kerja. Takda kerja merungut nak cari kerja. Dah bekerja mengeluh penat lelah. Pada pendapat aku yang amat sedikit pengalaman bekerja ni... Kerja sepatutnya diselesaikan ditempat kerja bukan dibawa pulang ke rumah. Yang dirumah itu aku panggil hobi. Lainlah kalau yang kau kerjakan itu hobi kau. Aku kongsikan quote oleh Confucius "Choose a job you love, then you will never have to work a day in your life" translate sendiri ya. Dan kata2 penuh makna itu tadi mengakhiri pertemuan kita buat kali ini.

Sekian terima kasih.



Sumber gambar: thestar.com

Caption yang paling sesuai : Tanpa mereka apalah KLCC.

No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Community

Backpackers Buddies MalaysiaWarga Gunung IPTKelab Kembara Unimap

Wafi's bookshelf

Opera Angkasa
Tiada tajuk
Contengan Jalanan
For One More Day
The Big Bad Wolf
Hijab Sang Pencinta
Digital Fortress
Fighter
Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad
Hamas: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis
Misi Hero
Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna
Takdir : Cahaya Yang Tidak Terpadam
Hero
Legasi Pejuang


Wa's favorite books »