Search This Blog

Trip Budget RM100 ke Pulau Langkawi

Thursday 13 November 2014

eagle square
Dataran Lang cuma 5 minit dari Jetty
Travelog Langkawi

Pada mulanya kita dijajah
Pulau-pulau bekas penjajah
Kau dan aku sama berjalan
Bekal yang ada cukup-cukup nak makan

(Nyanyi dengan versi rap Joe Flizzow dalam lagu Ape Khabor)

Dengan Bismillahirrahmanirrahim dan berbekalkan RM100 didalam poket, aku dan geng serumah memulakan penerokaan menjelajah pulau yang terkenal dengan lagenda Mahsuri dan sumpahan 7 keturunan yang dilafazkannya. 

Tanpa mengendahkan perselisihan ahli sejarah tentang misteri kepulauan Langkawi, kami membeli tiket bot ke Jeti Kuah dari Kuala Perlis. Bot yang belayar tanpa layar berlepas tepat pukul 11 pagi. Kelihatannya ramai peneroka yang berasak untuk masuk ke cabin bot laju yang pintu masuknya tak sampai sedepa. Nasib menyebelahi semua kerana tiada yang terjatuh ke dalam laut dan masing-masing dapat tempat duduk dikerusi empuk kelas ekonomi terima kasih adanya no seat disitu.

Tiket Pergi-Balik & Skycab
Didalam perut Feri
Bot berlabuh di Jeti Kuah lebih kurang pukul 1.20 ptg. Kami bergegas turun dan bergerak menuju terminal teksi untuk mendapatkan kereta sewa. Pengunjung yang ramai pada hujung minggu menjanjikan rezeki lebih kepada semua jenis perniagaan. Hujung minggu juga mencabar aku untuk menjayakan cabaran Trip budget RM100 ni. Kawtimm sikit dengan penjaga kaunter, kami menyewa 2 buah kereta (vios dan sentra) pada harga RM 150 untuk 1 hari. Thanks kepada Amin kerana budi bicara orang kampung beliau sekali lagi terbukti berguna di lapangan.

Sebelum merayap lebih jauh, kami santai di Dataran Lang oso knonn as Eagle Square although it is not a square but a star in shape so, it should be called Eagle Star. Sounds better, i think... Santai disana merawat mabuk laut sambil bergambar banyak-banyak dan menikmati nasi bungkus dari tanah besar. 
Jom jom jom ke pasar malam~ ~
Destinasi seterusnya ialah Pantai Chenang. Sampai saja di sana, nak cari slot parking untuk 2 buah kereta agak susah jadi kami park jauh sikit dengan kereta yang satu lagi. Salin ke persalinan mandi laju-laju dan terus berlari ke pantai. Walaupun air di situ tidak jernih, suasana disitu berlainan pula. Pantai Chenang meriah dengan aktiviti sukan air seperti banana boat, jetski, para gliding dan macam-macam lagi yang aku tak ingat nama. Dalam keriuhan ramai, kelihatan 8 orang peneroka bajet berdiri di pesisir pantai sambil memerhati keriangan pelancong lain yang nyata berduit, tiba-tiba mereka berlari meredah ombak dan menghempas badan mereka ke dalam laut. Hanya mandi dan buat sand castle yang free kat sini. Pasrah dan mandi puas-puas.

Mandi laut dibilas hujan
Hujun lebat membasahi Pantai Chenang malam itu. Beberapa ringgit dilaburkan untuk membeli poncho (baju hujan plastik). Kami pusing sehabisnya kedai-kedai di situ. Kebanyakannya menjual segala macam souvenir. Aku membeli fridge magnet sebagai tanda kenangan dan  menambah koleksi sedia ada. Jika tidak kerana hujan lebat pasti Pantai Chenang lebih meriah dipenuhi pelancong luar dan tempatan. Oh lupa pula, dinner malam itu aku tapau nasi lemak yang dijual di pasar malam betul-betul di hadapan Underwater World. Murah beb!. Sebelah Underwater world tu ada The Zon iaitu kedai bebas cukai. Bolehlah kalau nak borong minyak gamat atau coklat catbury.

Larut malam, kami tinggalkan Pantai Chenang menuju ke kawasan pesisir pantai bersebelahan lapangan terbang Padang Matsirat. Tempat bermalam kala bulan mengambang. Haha. Ketika perancangan tempoh hari, tak ada pula yang buat research mengenai kawasan perkhemahan di Langkawi. Alih-alih dah bawak khemah jadinya main pacak sajalah. Saat sedang sibuk memasang khemah, kami menerima tetamu pertama. Dua orang polis peronda mendekati kami dan mengambil keterangan tentang misi dan visi kumpulan kami. Sempat juga salah seorang peronda tu menyampaikan sebuah cerita dan menyelitkan sekalung nasihat buat pedoman keselamatan kami disitu. Kawasan 'panas' katanya. Sepatutnya geng-geng pacak khemah ni berada di Pantai Tengah kerana disitu adanya kawasan untuk camping. Jauh tu nak patah balik bang…lari bajet nanti keh keh.

Bang !...5 budak ni bawak balik tidur balai. Khemah dah penuh
Esoknya aku bangun paling awal dek kerana tak tahan sepanjang malam menjalankan tugas mengawal khemah dari diterbangkan angin. Usai mengemas, kami singgah di masjid berdekatan untuk mandi dan solat. Dalam perjalanan ke Gunung Machinchang, kami sempat bersarapan dipertengahan jalan. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami tiba di pintu masuk Geoforest Park. Tanpa melengahkan masa, kami terus beratur untuk dapatkan tiket awal. Lewat karang ramai pulak orang.

Seperti dijangka, keluar saja dari Dome ratusan pengunjung sudah beratur dengan disiplinnya menunggu giliran masing-masing. Dengan setiap pembelian tiket, pengunjung akan dapat merasai pengalaman Dome 3D + Skycab. Jangan lupa bawa kad pengenalan ketika membeli tiket. Dapat harga special RM20. 

Kegembiraan jelas terpancar di wajah 8 peneroka bajet ketika melangkah masuk ke gondola Skycab. Cuaca pagi begitu menyenangkan. Sinar matahari pun masih suam-suam lidah. Semakin tinggi tergantung, panorama yang terhidang semakin indah. Waktu ni lah nak tahu siapa antara kawan anda yang kat bawah lagak macho tapi kat atas ni gayatnya alahai. Sikit lagi nak sampai ke puncak, cuaca berubah apabila kabus semakin tebal, awan gelap menyelubungi puncak dan angin kuat melanda. Panorama yang indah tadi tidak lagi kelihatan. Hasil dari sesi fotografi kurang memuaskan. Hasrat berjalan-jalan di Skybridge juga tidak kesampaian kerana masih dalam penyelenggaraan. Juga hasrat aku nak naik cable car color putih juga tidak tertunai kerana asal beratur saja yang datang pickup mesti color merah.…haihh stress haku. Namun merasai pengembaraan itu merupakan pengalaman yang pasti diingati semua.
Panorama indah dari stesen paling bawah. Nampak tenang je kan..

Steady...steady..masuk dalam awan japgi
Yang ni boleh buat cover album. Agak-agak yang mana satu vokalis. Gahaha
Menjengah tengahari, kami sudahpun berada dibawah pada paras laut dan sudah puas pusing kedai-kedai di situ yang juga secara ratanya menjual souvenir seperti topi, keychain, baju, aksesori wanita dan tidak dilupa minyak gamat. Kami beransur meninggalkan kabel dan gear untk mengisi perut yang mulai meronta. Dalam perjalanan ke pekan Kuah, kami singgah berangan kaya di Telaga Harbour Park. Jangan harap nak dapat lepak-lepak atas kapal layar mewah orang. Korang cuma boleh jenguk-jenguk saja di tebing pelabuhan sambil berangan 'kalau aku kaya' dan selfie asal boleh.

"Angan-angan jadi impian, Impian jadi cita-cita" @ Telaga Harbour Park
Perut dah diisi, jadi plan seterusnya untuk shopping tidaklah menjadi satu masalah. Pekan Kuah kami terjah untuk membeli apa yang dipesan kawan-kawan dan sanak saudara. Aku dapat pesanan kain batik dan sudu garfu dari mak. Dah 24 tahun menjadi anak mak, ini kali pertama kena suruh beli kain batik…nak pilih yang macam mana ni? Apa kriterianya?!!! Nak cari sudu yang ada pasangan garfu secocok pun buat aku keluar masuk tiap-tiap pasaraya kat situ. Kalau order minyak gamat kan senang.

Aku dengar ini dari announcement
"Yang dibelakang adalah orang yang tenang. Carilah ketenangan didalam hidup anda". Amboi!
Tepat pukul 5 petang, kami sudah duduk semula di perut kapal di kerusi empuk kelas ekonomi, sedia meninggalkan pulau lagenda. Walaupun trip ini cuma mengambil masa 2 hari 1 malam, sejuta kenangan pahit manis sudah dihimpun menjadi ingatan dan memori yang kekal sepanjang usia. Dan dapat juga aku simpulkan, Cabaran Trip Budget  RM100 Pulau Langkawi berjaya dicapai. Disini aku bentangkan kira-kira kerugian sepanjang trip:

Kos Trip

Tiket Feri - RM 36
Sewa Kereta - 150/8 = RM 19
Petrol - RM 5
Cable Car - RM 20
Makanan - RM 20

TOTAL = RM 100


Kos Sampingan

Fridge Magnet - RM 4
Pesanan : Kain batik, sudu, coklat - RM 59.60

Total = RM 63.60

Jangan malas membaca, tapi kalau malas jugak boleh layan video by Baim yang bersengkang mata di siang hari mengorbankan waktu tidur tengahari semata-mata untuk menghasilkan video yang menarik ini. Credit to him.


#BudgetBackpacker
#Travelog

No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Community

Backpackers Buddies MalaysiaWarga Gunung IPTKelab Kembara Unimap

Wafi's bookshelf

Opera Angkasa
Tiada tajuk
Contengan Jalanan
For One More Day
The Big Bad Wolf
Hijab Sang Pencinta
Digital Fortress
Fighter
Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad
Hamas: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis
Misi Hero
Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna
Takdir : Cahaya Yang Tidak Terpadam
Hero
Legasi Pejuang


Wa's favorite books »