Search This Blog

Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Kita Orang Asia!

Friday, 29 August 2014


Suatu tengah hari tu aku keluar makan dekat kawasan kilang aku praktikal ni. Aku jamah ikan merah goreng, sayur peria goreng, telur dan sedikit sambal belacan buat cecah dengan ikan. Sedap beb. Sedang aku dan member2 sepraktikal makan, satu geng foreign worker masuk ke perkarangan kedai. Aku rasa dari indonesia maybe . Selalunya kepakaran aku teka kewarganegaraan ni memang takda tolok bandingnya tapi kali ni aku confuse sikit sebab fizikal diorang yang comot, sasa, dan kulit dah koko gelap kemerah2an yang hangat. Dalam erti kata lain adalah 'sunburn' (senang kan?). Beratur lah sorang2 ambil makanan. Kau tau nasi dlm pinggan diorang?? Elok makan pakai talam sebab dah tak muat. Overload menggunung kat pinggan tu. Aku tak pandang dari sudut negatif, aku lihat yang kita ni sama ja orang Asia. Kita cari rezeki tanpa hirau penampilan. Time makan isi perut sampai kenyang, time kerja biar sampai peluh2. Dapat gaji nanti puas sebab hasil titik peluh. Kan?.

Walaupun kita dikategorikan sebagai bangsa memilih. Kerja kontrak binaan tak mau. Kerja level 'operator' kilang ditolak. Patutlah menganggor!. Tapi kita tetap bangsa yang rajin. Kita 'kaki' facebook yang paling rajin di rantau ini. Rajin orang Asia takda pada orang Eropah dan benua2 lain. Klau ada peluang bukak bisnes nnti aku gajikan orang Asia sebab berkebolehan dan rajin buat kerja. Tak memilih. Tak melawan. Senang. Yang melayu aku jadikan 'bos'. Setuju lah tu..

Selang beberapa hari berikutnya..macam biasa rutin harian aku sejak latihan industri, awal2 pagi subuh gajah kadang2 badak. Mandi then gerak ke kilang. Kalau ada 'order' nasi lemak aku akan singgah beli dulu. Tungkus lumus kerja cari sesuap elaun selama 10 jam. Waktu kerja tamat ketika matahari tinggal beberapa 'degree' lagi sebelum terbenam, perlahan2 aku menyelit dicelah2 kenderaan berjenama tempatan dan luar negara untuk pulang ke rumah. Tekan butang lif. Tunggu. Bosan. Otak aku mula berfikir... Apakah matlamat hidup aku kalau benda yang sama yang aku buat hari ini, kelmarin, 8 hari lepas, 20 jam lepas..berulang dan berulang?. Oh! Apa kata kita sama2 fikir. Sebab hampa pun akan lalui kehidupan ni. Umpama kipas siling...nak tak nak kalau aku tekan suis kau pusing situ jugak.

Macam mana pulak dengan kebebasan kemurahan hati kerajaan membuka pintu rezeki kepada orang asing akhirnya membuka pula satu pintu lain yang dilalui oleh kumpulan pembebas yang kononnya menuntut tanah hak milik moyang mereka ratusan tahun dahulu? Pencerobohan di timur Borneo iaitu di Lahad Datu membuka pandangan kita yang selama ini cuma tertumpu di semenanjung sahaja. Kita lupa akan tanah yang lebih luas. Tanah yang bukan lagi didiami oleh kaum pribumi yang cuma tahu menyumpit. Mereka sudah terpelajar dan tahu menilai siapa ank tiri, anak kandung, abang angkat ataupun bini ke-4. Dahulu memang kita dijajah terang terangan oleh barat dan jepun. Namun kini mereka dah ubah kepada stategi penjajahan yang lebih terancang dan menguntungkan. Saat ini aku ingin syorkan agar kita orang asia memajukan minda kita dan cuba jajah barat pula. Amacam?

#maaf kalau entry ini menceritakan tentang perkara yang sama seperti entry lepas iaitu Kerja Oii Kerja. Bolehkah kalau aku katakan ini adalah sambungan? Haha. Selamat membaca.

Photo Credit: National Geographic

Kerja Oii! Kerja

Saturday, 23 August 2014

Nak dijadikan cerita, tersebutlah satu hikayat yang mashur diketika ini. Alkisah kini aku kisahkan ratusan ribu yang datang bermukim mencari sepinggan nasi di negara Puracendana. Datangnya mereka dari serata dunia, sejauh banjaran Himalaya dimana terletaknya gunung tertinggi di planet sehingga ke terusan sungai Mekong yang mungkin boleh datang mengembara melalui jalan darat. Variasi kulit mereka pelbagai, susuk tubuh juga berbagai, tutur bicara semestinya takkan difaham, adat budaya dibawa tak ditinggal. Mereka mengembara ke negara khatulistiwa ni semata2 kerana dijanjikan gaji minimum RM900 yang kalau dikira ditukar di'money changer' nanti..ada yang sampai berjuta. Ragam bekerja tak ada sudahnya. Saatnya dah tiba untuk aku tuliskan satu darinya (kalau banyak sapa nk baca??!).

Kisah pertama dan terakhir ni boleh berlaku pada sesiapa. Mungkin berlaku bila2. Nk dibuat untuk berlaku pun boleh!. Suatu petang hari kerja yg indah. Aku macam biasa, plan macam2 untuk habiskan masa sementara nak tunggu pukul 6 nanti. Biasanya aku merayau sekeliling kilang menegur sapa sesiapa yang aku kenal. Dah semua aku ganggu, aku bertafakur pula di surau seawal masuk waktu.Setiap waktu rehat aku gunakan sebaiknya. Selalunya aku dah set 'timing' nak balik. Solat asar 5.45 ptg lepas tu bajet2 pukul 6 mesti depan mesin 'thumbprint'. Menepati masa ni kalau nak dijadikan cerita..dulu 'time' sekolah berasrama walaupun dipupuk tak pernah lekat didiri tapi bila masuk alam bekerja ni automatik kau sharp sekali. Datang awal 10 minit balik tepat pada waktunya. Namun satu kejadian tak diduga telah berlaku. Aku ter'scan' pukul 5.59 arhhhhhhh!!. Terus saat itu juga aku mengakses lebih 99% neuron otak untuk cari penyelesaian masalah ni.(rujuk filem Lucy). Atas kebijaksanaan, aku pi scan satu kali lagi hoho!. Tolong aku mesin scan pleasee.Titt titt.. hmm "IN" allamamak camne boleh 'in' pulak mesin ni. Aku nk 'out' bro.@#%&*/  Perlahan-lahan aku melangkah ke parkir. Sepanjang perjalanan balik ke rumah aku terjerit2 atas motor a aaa a aaa aa. Menyesali prinsip menepati masa yang terlampau tepat. Mungkin isnin pagi nanti aku akan scan out. Total masa kerja sejak jumaat = 62 jam!!.

Pekerjaan di dunia ini tak terkira jumlahnya. Kerja yang mudah dan mengkayakan. Kerja yang teruk gaji minimum RM900. Setiap manusia perlukan kerja. Takda kerja merungut nak cari kerja. Dah bekerja mengeluh penat lelah. Pada pendapat aku yang amat sedikit pengalaman bekerja ni... Kerja sepatutnya diselesaikan ditempat kerja bukan dibawa pulang ke rumah. Yang dirumah itu aku panggil hobi. Lainlah kalau yang kau kerjakan itu hobi kau. Aku kongsikan quote oleh Confucius "Choose a job you love, then you will never have to work a day in your life" translate sendiri ya. Dan kata2 penuh makna itu tadi mengakhiri pertemuan kita buat kali ini.

Sekian terima kasih.



Sumber gambar: thestar.com

Caption yang paling sesuai : Tanpa mereka apalah KLCC.

Scheme Backpacker yang 'Ohh!sem'

Monday, 4 August 2014

Sekitar pukul 10 malam pada tarikh 3 Ogos 2014 bersamaan 7 Syawal 1435 Hijrah, malam minggu yang indah bagi 'orang muda' macam aku. Luangkan masa sendirian dirumah sambil memicit-micit butang plastik pada 'remote control' astro. Tidak ada hala tujuan langsung. Aku kuis-kuis pula cermin telefon pintar dan cerdik pelbagai guna melihat-lihat 'news feed' apa yg best. Aha! Ajaibnya aku jumpa something menarik malam ni berbeza dari malam-malah yang tak terkira sebelum ini.

Skim yang tak kaya dan tak miskin.
Skim sambil jalan-jalan cari kerja.
Skim berbentuk peta negara dan bukan piramid
Hidup bakal berubah. Insyaallah.

Skim 'holiday visa' nie memberi peluang 'orang muda' travel backpack, bolehlah u'olls ke negara orang sambil kerja kat sana. Dan lebih specific yang aku minat adalah ke New Zealand. Antara sebab skim ni best:
a) time muda ja kau boleh buat gila weyh!
b) bleh jenjalan kat sana sampai lunyai kau pusing NZ.
c) minum susu Fernleaf fresh dari kantung. Hoho
d) yang selebihnya lu pikir lah beb..

Amatlah sesuai pada pandangan aku untuk para graduan universiti yang baru tamat study. Tunggu nak grad ke. Jangan keja dulu! simpan resume. Balik dr oversea nnti ko keja la kilang besi batu galian hasil bumi yang kau nak. Gahaha. Jika keberanian dan kecekalan dalam hati dah cukup, lekaih-lekaih la isi borang (ada quota beb) untuk mohon visa elektron nih. Hehe

*sejujurnya level kita kalau pergi ke negara orang samalah jua seperti warga nepal,bangladesh, myanmar, vietnam dan indonesia yang bermukim dinegara ini. Contohilah mereka. :)

Link:
http://www.backpackerboard.co.nz/work_jobs/working-holiday-visa/

 

Popular Posts

Community

Backpackers Buddies MalaysiaWarga Gunung IPTKelab Kembara Unimap

Wafi's bookshelf

Opera Angkasa
Tiada tajuk
Contengan Jalanan
For One More Day
The Big Bad Wolf
Hijab Sang Pencinta
Digital Fortress
Fighter
Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad
Hamas: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis
Misi Hero
Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna
Takdir : Cahaya Yang Tidak Terpadam
Hero
Legasi Pejuang


Wa's favorite books »