Search This Blog

Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Trip Budget RM100 ke Pulau Langkawi

Thursday, 13 November 2014

eagle square
Dataran Lang cuma 5 minit dari Jetty
Travelog Langkawi

Pada mulanya kita dijajah
Pulau-pulau bekas penjajah
Kau dan aku sama berjalan
Bekal yang ada cukup-cukup nak makan

(Nyanyi dengan versi rap Joe Flizzow dalam lagu Ape Khabor)

Dengan Bismillahirrahmanirrahim dan berbekalkan RM100 didalam poket, aku dan geng serumah memulakan penerokaan menjelajah pulau yang terkenal dengan lagenda Mahsuri dan sumpahan 7 keturunan yang dilafazkannya. 

Tanpa mengendahkan perselisihan ahli sejarah tentang misteri kepulauan Langkawi, kami membeli tiket bot ke Jeti Kuah dari Kuala Perlis. Bot yang belayar tanpa layar berlepas tepat pukul 11 pagi. Kelihatannya ramai peneroka yang berasak untuk masuk ke cabin bot laju yang pintu masuknya tak sampai sedepa. Nasib menyebelahi semua kerana tiada yang terjatuh ke dalam laut dan masing-masing dapat tempat duduk dikerusi empuk kelas ekonomi terima kasih adanya no seat disitu.

Tiket Pergi-Balik & Skycab
Didalam perut Feri
Bot berlabuh di Jeti Kuah lebih kurang pukul 1.20 ptg. Kami bergegas turun dan bergerak menuju terminal teksi untuk mendapatkan kereta sewa. Pengunjung yang ramai pada hujung minggu menjanjikan rezeki lebih kepada semua jenis perniagaan. Hujung minggu juga mencabar aku untuk menjayakan cabaran Trip budget RM100 ni. Kawtimm sikit dengan penjaga kaunter, kami menyewa 2 buah kereta (vios dan sentra) pada harga RM 150 untuk 1 hari. Thanks kepada Amin kerana budi bicara orang kampung beliau sekali lagi terbukti berguna di lapangan.

Sebelum merayap lebih jauh, kami santai di Dataran Lang oso knonn as Eagle Square although it is not a square but a star in shape so, it should be called Eagle Star. Sounds better, i think... Santai disana merawat mabuk laut sambil bergambar banyak-banyak dan menikmati nasi bungkus dari tanah besar. 
Jom jom jom ke pasar malam~ ~
Destinasi seterusnya ialah Pantai Chenang. Sampai saja di sana, nak cari slot parking untuk 2 buah kereta agak susah jadi kami park jauh sikit dengan kereta yang satu lagi. Salin ke persalinan mandi laju-laju dan terus berlari ke pantai. Walaupun air di situ tidak jernih, suasana disitu berlainan pula. Pantai Chenang meriah dengan aktiviti sukan air seperti banana boat, jetski, para gliding dan macam-macam lagi yang aku tak ingat nama. Dalam keriuhan ramai, kelihatan 8 orang peneroka bajet berdiri di pesisir pantai sambil memerhati keriangan pelancong lain yang nyata berduit, tiba-tiba mereka berlari meredah ombak dan menghempas badan mereka ke dalam laut. Hanya mandi dan buat sand castle yang free kat sini. Pasrah dan mandi puas-puas.

Mandi laut dibilas hujan
Hujun lebat membasahi Pantai Chenang malam itu. Beberapa ringgit dilaburkan untuk membeli poncho (baju hujan plastik). Kami pusing sehabisnya kedai-kedai di situ. Kebanyakannya menjual segala macam souvenir. Aku membeli fridge magnet sebagai tanda kenangan dan  menambah koleksi sedia ada. Jika tidak kerana hujan lebat pasti Pantai Chenang lebih meriah dipenuhi pelancong luar dan tempatan. Oh lupa pula, dinner malam itu aku tapau nasi lemak yang dijual di pasar malam betul-betul di hadapan Underwater World. Murah beb!. Sebelah Underwater world tu ada The Zon iaitu kedai bebas cukai. Bolehlah kalau nak borong minyak gamat atau coklat catbury.

Larut malam, kami tinggalkan Pantai Chenang menuju ke kawasan pesisir pantai bersebelahan lapangan terbang Padang Matsirat. Tempat bermalam kala bulan mengambang. Haha. Ketika perancangan tempoh hari, tak ada pula yang buat research mengenai kawasan perkhemahan di Langkawi. Alih-alih dah bawak khemah jadinya main pacak sajalah. Saat sedang sibuk memasang khemah, kami menerima tetamu pertama. Dua orang polis peronda mendekati kami dan mengambil keterangan tentang misi dan visi kumpulan kami. Sempat juga salah seorang peronda tu menyampaikan sebuah cerita dan menyelitkan sekalung nasihat buat pedoman keselamatan kami disitu. Kawasan 'panas' katanya. Sepatutnya geng-geng pacak khemah ni berada di Pantai Tengah kerana disitu adanya kawasan untuk camping. Jauh tu nak patah balik bang…lari bajet nanti keh keh.

Bang !...5 budak ni bawak balik tidur balai. Khemah dah penuh
Esoknya aku bangun paling awal dek kerana tak tahan sepanjang malam menjalankan tugas mengawal khemah dari diterbangkan angin. Usai mengemas, kami singgah di masjid berdekatan untuk mandi dan solat. Dalam perjalanan ke Gunung Machinchang, kami sempat bersarapan dipertengahan jalan. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami tiba di pintu masuk Geoforest Park. Tanpa melengahkan masa, kami terus beratur untuk dapatkan tiket awal. Lewat karang ramai pulak orang.

Seperti dijangka, keluar saja dari Dome ratusan pengunjung sudah beratur dengan disiplinnya menunggu giliran masing-masing. Dengan setiap pembelian tiket, pengunjung akan dapat merasai pengalaman Dome 3D + Skycab. Jangan lupa bawa kad pengenalan ketika membeli tiket. Dapat harga special RM20. 

Kegembiraan jelas terpancar di wajah 8 peneroka bajet ketika melangkah masuk ke gondola Skycab. Cuaca pagi begitu menyenangkan. Sinar matahari pun masih suam-suam lidah. Semakin tinggi tergantung, panorama yang terhidang semakin indah. Waktu ni lah nak tahu siapa antara kawan anda yang kat bawah lagak macho tapi kat atas ni gayatnya alahai. Sikit lagi nak sampai ke puncak, cuaca berubah apabila kabus semakin tebal, awan gelap menyelubungi puncak dan angin kuat melanda. Panorama yang indah tadi tidak lagi kelihatan. Hasil dari sesi fotografi kurang memuaskan. Hasrat berjalan-jalan di Skybridge juga tidak kesampaian kerana masih dalam penyelenggaraan. Juga hasrat aku nak naik cable car color putih juga tidak tertunai kerana asal beratur saja yang datang pickup mesti color merah.…haihh stress haku. Namun merasai pengembaraan itu merupakan pengalaman yang pasti diingati semua.
Panorama indah dari stesen paling bawah. Nampak tenang je kan..

Steady...steady..masuk dalam awan japgi
Yang ni boleh buat cover album. Agak-agak yang mana satu vokalis. Gahaha
Menjengah tengahari, kami sudahpun berada dibawah pada paras laut dan sudah puas pusing kedai-kedai di situ yang juga secara ratanya menjual souvenir seperti topi, keychain, baju, aksesori wanita dan tidak dilupa minyak gamat. Kami beransur meninggalkan kabel dan gear untk mengisi perut yang mulai meronta. Dalam perjalanan ke pekan Kuah, kami singgah berangan kaya di Telaga Harbour Park. Jangan harap nak dapat lepak-lepak atas kapal layar mewah orang. Korang cuma boleh jenguk-jenguk saja di tebing pelabuhan sambil berangan 'kalau aku kaya' dan selfie asal boleh.

"Angan-angan jadi impian, Impian jadi cita-cita" @ Telaga Harbour Park
Perut dah diisi, jadi plan seterusnya untuk shopping tidaklah menjadi satu masalah. Pekan Kuah kami terjah untuk membeli apa yang dipesan kawan-kawan dan sanak saudara. Aku dapat pesanan kain batik dan sudu garfu dari mak. Dah 24 tahun menjadi anak mak, ini kali pertama kena suruh beli kain batik…nak pilih yang macam mana ni? Apa kriterianya?!!! Nak cari sudu yang ada pasangan garfu secocok pun buat aku keluar masuk tiap-tiap pasaraya kat situ. Kalau order minyak gamat kan senang.

Aku dengar ini dari announcement
"Yang dibelakang adalah orang yang tenang. Carilah ketenangan didalam hidup anda". Amboi!
Tepat pukul 5 petang, kami sudah duduk semula di perut kapal di kerusi empuk kelas ekonomi, sedia meninggalkan pulau lagenda. Walaupun trip ini cuma mengambil masa 2 hari 1 malam, sejuta kenangan pahit manis sudah dihimpun menjadi ingatan dan memori yang kekal sepanjang usia. Dan dapat juga aku simpulkan, Cabaran Trip Budget  RM100 Pulau Langkawi berjaya dicapai. Disini aku bentangkan kira-kira kerugian sepanjang trip:

Kos Trip

Tiket Feri - RM 36
Sewa Kereta - 150/8 = RM 19
Petrol - RM 5
Cable Car - RM 20
Makanan - RM 20

TOTAL = RM 100


Kos Sampingan

Fridge Magnet - RM 4
Pesanan : Kain batik, sudu, coklat - RM 59.60

Total = RM 63.60

Jangan malas membaca, tapi kalau malas jugak boleh layan video by Baim yang bersengkang mata di siang hari mengorbankan waktu tidur tengahari semata-mata untuk menghasilkan video yang menarik ini. Credit to him.


#BudgetBackpacker
#Travelog

Mengail Puyu Dibendang #onlyinperlis

Tuesday, 4 November 2014

Ala-ala koboi di parit
Mengail di Kuala Perlis
Musim hujan seawal bulan September hingga bulan Oktober meleret sampai pertengahan November memberi peluang kepada seluruh penduduk negeri Perlis yang minat aktiviti mengail dibendang atau di tali air melaksanakan hobi mereka. Tak kira peringkat umur, hobi ini dilihat sebagai hobi turun temurun. Bukan sahaja yang mengail sorang-sorang malahan kadang-kadang boleh dilihat satu keluarga datang menaiki kereta dan mengail puyu bersama-sama sambil berkelah ditepi bendang. Baling ja kail yang sudah dicangkuk dengan umpan ada lah habuannya untuk si pengail.

Sebagai student yang dipenuhi sifat ingin tahu, aku dan sekalian housemate pun turun bendang dengan tujuan nak merasa mengail puyu. Masing-masing dengan agenda sendiri, kami keluar mencari lubuk yang dikatakan tempat puyu berkampung.
Berbekalkan rod puyu, cengkerik sebungkus RM2 dan semangat yang berkobar-kobar, kami berlumba-lumba menceroboh bendang berdekatan hostel.

Yang tecangak tu tengah gian menunggu giliran
Rod cuma ada 2 batang, so berebut-rebut lah kami selepas masing-masing berjaya mendaratkan puyu dan haruan. Sifat rakus dan ketagihan memancing mula menyelubungi housemate aku. Akhirnya aku memilih untuk menjadi tukang penyorak dan tukang kira ikan.
Tukang bilang ikan dengan ikan orang
Menjelang maghrib, kami bekemas untuk pulang. Masing-masing berasa kemas dengan skill individu dan puas dengan hasil tangkapan. Keseluruhannya baldi kami terisi dengan belasan ekor ikan puyu dan 3 ekor ikan haruan.

Yang aku dengar-dengar dari orang, puyu ni sedap digoreng manakala haruan ni elok untuk perubatan. Takut untuk makan ikan yang bertarung dengan kami siang tadi, jadi salah seorang housemate aku yang terbukti keramah mesraan beliau dengan orang kampung menghadiahkan ikan-ikan tersebut kepada jiran kami. Selepas itu, aku sudah tidak mendengar apa-apa berita tentang ikan-ikan tersebut. Nasib mereka entah bagaimana. Jika ada masa nanti pasti kami kembali berentap dengan puyu dibendang.
Assalamualaikum.

Ini rupenye agenda tersembunyi mereka


Penat membaca relakskan minda dan tontonlah video yang diedit Baim dengan penuh kasih sayang :)

Hiking Gunung Bintang

Bintang di Bintang
Travelog Gunung Bintang

Pagi sabtu, tanggal 11 Oktober 2014. Perjalanan menaiki bas hampir 5 jam tadi terasa sekejap sahaja sesampainya di Lata Sedim, Kulim, Kedah. Ditinggalkan di situ , kami ucapkan selamat jalan kepada pakcik bas sambil melambai-lambai tangan…jumpa lagi isnin nanti. Dingin pagi menggigit roma-roma kulit namun tuntutan untuk menegakkan tiang agama tidak dilupakan. Usai subuh, smua pun sambung tido sementara menunggu guide sampai. Dengkuran didengari walau hanya tidur beralas ground sheet diwarung kopi orang kampung. Remix pulak dengan deruan air sungai ahh Beethoven semulajadi.

Sedikit info pasal gunung ni, Gunung Bintang (1862m @ 6110ft) menurut Wikipedia terletak di sempadan Kedah dan Perak. Terletak dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Inas dan antara gunung yang memuncak dalam Banjaran Bintang. Kalau nak buat Trans Bintang perlu masa 5 hari yang jarang-jarang aku dengar ada group yang buat. Kalau ada tolong ajak aku. Haha.

Kurang lebih 9 pagi, guide kami Abg Adam sampai membawa sarapan, lunch siap dibungkus dan tshirt hiking kaler ungu beb. Dari Lata Sedim, kami menaiki four by four 4x4 melepasi trek balak yg licin dan penuh dengan pokok yang tumbang. Ternyata satu pengalaman yang pasti diingat semua. Sesampai di permulaan trek mendaki G. Bintang, briefing sikit dari Abg Adam, bacaan doa, self warmup and here we go!.

Pandangan Waterfall dari dewan terbuka

Bermalam di dewan terbuka Waterfall
Kami mendaki selama 5 jam sebelum sampai di waterfall dimana kami bermalam disana. Trek menuju waterfall ternyata begitu mencabar mental kami dek kerana trek yang telah lama tidak dilalui dan begitu banyak rumpun buluh yang tumbang dan menghalang pendakian. Guide dan sweeper bekerja keras menebang buluh dan menebas lalang yang menutupi trek. Bukan mudah sebenarnya menjadi guide hiking ni, perlu kerja lebih dan berat tanggungjawab menjaga keselamatan peserta. Sejam sebelum tiba di waterfall, hujan mulai turun dan kami terpaksa lunch di pertengahan jalan untuk menghilangkan rasa lapar.Jadi perjalanan yang sepatutnya 3 ~ 4 jam menjadi 5 jam. Target hari pertama untuk sampai ke kem bunian tidak tercapai dan akan diteruskan keesokkan harinya.

Angin sejuk dan deruan air terjun membangkitkan kami dipagi ahad. Selepas gosok gigi dan cuci muka ala P. Ramlee, kami 'mengalas' perut kemudian packing barang dan terus mendaki menuju kem bunian. Pendakian mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk tiba di Kem Bunian .Pendakian  menempuhi check point Permatang 1,2,3 dan entah ada atau tidak yang ke 4 .Around pukul 3 petang kami tiba di kem bunian dan terus memasang khemah. Peluang melihat water point tidak dilepaskan. Jarak 30 meter ke water point mengambil masa lebih kurang 10 minit. Ternyata berbaloi dan rugi kalau tidak melihat waterfall yang hijau berlumut. Sayangnya aku lupa bawa camera ke situ. Huhu.

Campsite Bunian
Tepat pukul 5, kami bergerak menuju puncak. Trek akan melalui Bonsai Garden kemudian Puncak Bintang Kecil dan akhir sekali Puncak Gunung Bintang yang berketinggian 1862 m dari aras laut. Panorama yang indah dapat dilihat diatas puncak G. Bintang. Walaupun jerebu yang tebal, kami berpeluang melihat keindahan Banjaran Bintang yang sayup mata memandang. Penat selfie groufie, kami gegas bergerak balik ke Kem Bunian kerana kesejukan dan nak mengurangkan trekking didalam gelap. Oh! Tak lupa aku juga lompat bintang kat puncak tu. Perjalanan dari puncak G. Bintang ke Puncak Bintang Kecil mengambil masa 1 jam dan 1 jam seterusnya kami trekking didalam gelap berpandukan headlamp smpailah ke Kem Bunian. Acara sapa cepat salin pakaian berlangsung. Mana tak nya semua dah menggeletar dengan suhu yang rendah dan pakaian yang basah.

Puncak Bintang Kecil
Acara melompat untuk bazirkan tenaga di Puncak Bintang Kecil
Malam itu, cuaca amat baik. Dari Kem Bunian, kami dapat melihat cahaya lampu neon dan lampu jalan TNB yang berkerlipan didataran. Menghayati suasana malam begitu mengasyikkan. Sudah kenyang men'yantap' dinner, kami terus tidur dengan nyenyaknya. Esok dah nak balik. Yohoho!.
Seronok camping pnya pasal, pagi isnin itu pukul 10 baru kami mulai bergerak turun. Pergerakan turun begitu laju,aku tak nampak group depan tuptup da sampai Waterfall tepat 12.30 tengahari. Time mendaki itu hari, semua langkah kura-kura tapi turun saja dah ada tenaga luarbiasa. Dari mana datang agaknya!. Kami berehat lunch selama hampir 1 jam dan teruskan trekking menurun ke trek 4x4. Dah lama menurun, jari kaki pun mulai berdenyut dan trek buluh memang mencabar kesabaran dan menguji mental. Aku lihat semua dan luntur macam batang buluh. Pukul 3 lebih, kami berjaya menamatkan pendakian. Semua pun Hooray apabila melihat kelibat Jeep Cheerio sudah menunggu. Pacat dan miang yang terlekat di kaki bukan lagi mimpi ngeri. Tahniah semua. Jumpa lagi lain gunung nanti.
Akan kugapai bintang dilangit siang. lagu mana tu...
Panorama dari Puncak G Bintang

#ingatlah…pacat dan kaki tak dapat dipisahkan. Pinggang dan buluh ada kaitan ergonomiknya.

Kelas yeayl
Khamis 16 Oct 14, 11.13am
Orang pakai kasut aku cuma berselipar Asadi.

AirAsia Travel Guides Free For All!

Sunday, 26 October 2014

#download free travel guide

That day, I was checking for a ticket from Penang to KL to match my next flight to Surabaya which I buy it months ago. Scrolling down to the section where AirAsia promotes their accommodation and their new stuff where something catch my eyes. I found it amusing to share it with all a bundle of travel guide which is awesome, free and colorful. You can directly download it here or go to the owners website. :)


PENANG






PHILIPPINES




MALAYSIA





BORNEO





INDONESIA





CHINA





INDOCHINA



Be happy to visit the original website http://www.airasia.com/travel3sixty/downloads/travel-guides to view more.

Apart from that there is a series of mini travel guide which is only a few MB and less pages than the what should I call it? not-mini travel guide! yup..Get it HERE.

Oh! And I found out that the website AirAsia Travel 3Sixty also publish their own magazine monthly and its still free to download or read it online.



October

Read | Download

September

Read | Download

August

Read | Download













July

Read | Download

June

Read | Download

May

Read | Download













April

Read | Download

March

Read | Download

February

Read | Download













January

Read | Download

This guides and mags might helps us to know something new and discover it our self sooner or later..
Hope you guys make use of it...see ya

#I end up not buying any ticket but downloading all future 'ticket'. hahaha

Credit: airasia.com, travel3sixty

Tips & Cara Membeli Tiket AirAsia Secara Online!

Sunday, 21 September 2014

Tips beli tiket airasia murah.
7 step to buy AirtAsia Ticket Online.
seat airasia
Kelas ekonomi AirAsia
Alangkah bahgianya dapat menaiki pesawat berjenama Boeing atau Airbus, duduk dikerusi empuk kelas perniagaan, makan dan minum diatas awan bagaikan raja, tidur diselimut peramugari atau peramugara, naik dan turun dihampar karpet merah, tiada masalah di lapangan terbang, melancong dengan indah dan selesa, dan yang paling gembira adalah saat berjaya menempah tiket penerbangan beserta diskaun yang mampu buat kawan-kawan terlopong.

Airasia terkenal dengan penerbangan tambang murah dan diminati ramai. Rakyat berpendapatan rendah tak mampu nak beli tiket yang mahal-mahal, nasib baik ada AirAsia selalu buat offer. Syarikat ini acap kali membuat promosi free seat atau seat yang cuma berharga beberapa sen. Aidilfitri, CNY, Deepavali, Krismas, Merdeka, 16 Sept, hujung tahun, awal tahun, tengah tahun, cuti sekolah dan saja-saja pun Airasia akan mempromosikan tambang percuma.

Promosi AirAsia
Antara Promosi AirAsia
Cara-cara membuat tempahan secara online adalah sangat mudah dan pantas. Here's how to buy Airasia ticket online dan sedikit tips membeli tiket penerbangan. Biasanya berubah dari masa ke masa tapi asasnya still sama.

Step 1

Sekiranya dah tentukan lokasi percutian idaman, terus layari laman web Airasia melalui browser atau aplikasi android (yang sedikit berlainan pada paparan/interface).

Step 2

Pilih airport untuk berlepas (Origin) dan airport bagi mendarat (Destination). Pilih tarikh depart dan return. Option untuk penerbangan sehala/one way boleh dipilih sekiranya masih belum tentukan tarikh untuk balik rumah atau takmau balik langsung. Kemudian klik 'search'.

search box
Ticket Search box
#tips - Beli tiket awal. Perbandingan harga yang ketara boleh dilihat antara beli tiket awal dan beli lewat. Boleh berbeza sampai ratus-ratus ringgit.

Step 3

Seterusnya, kita akan memilih waktu dan harga tiket mengikut kemampuan dan kekangan masa. Jumlah bayaran boleh dilihat di kotak kelabu sebelah kanan yang juga memaparkan sedikit detail tentang khidmat yang kita bayar. Selesai klik 'Continue'.
Select ticket
Select ticket dan harga
#tips - Disebelah atas kotak kelabu, kita boleh lihat satu kotak hitam yang tertulis ' View by Month'. Kemudahan baru ni banyak membantu jika kita ada flexible time dan nak cari tiket yang paling murah dibantu graf harga dan tarikh.
view by month
graf 'View by Month'

Step 4

Sampai pula giliran jejari untuk menaip masuk maklumat peribadi. jika dah ada akaun Airasia, boleh terus login. lebih jimat masa. Klik pada 'Guest 1' dan tick pada 'I'm flying' kalau beli tiket untuk diri sendiri.Untuk orang lain kena key in semula k.

airasia detail
Traveler detail
Adds-ons adalah perkhidmatan tambahan, selalunya orang akan beli baggage tambahan dan sedikit makanan buat alas perut.Boleh juga beli tiket bus shuttle SkyBus KLIA2-KL Sentral dan KLIA2-1Utama.
#tips- tak perlu beli baggage langsung kalau naik flight dengan beg sandang atau backpack laptop atau beg sekolah camtu, sebab boleh bawak naik atas dan letak dalam ruang simpan bag atas kepala. Tapi jangan lebih-lebih sangat, nanti akan disuruh beli sewaktu pemeriksaan,kan susah.

insurans airasia
Adds ons & Insurans Airasia
Insurans adalah amat-amat penting, nak naik dengan aman beli jelah lagipun tak mahal sangat. Untuk keselamatan dan kesenangan hati.

Step 5

Seterusnya, Pick a seat. ikut suka nak pilih tepi tingkap atau tengah-tengah. Ada juga Premium seat yang mungkin dekat dengan toilet atau dekat dengan pintu keluar, entah aku pun tak faham.

pick a seat airasia
Pilihan seat Airasia
#tips - kalau tak cerewet, biarkan saja step 5 ni jangan pilih seat dan terus klik 'continue'. jadi dah jimat sikit. Tempat duduk kita nanti akan diberi secara random.

Step 6

Seterusnya adalah semak dan bayar. Ada banyak pilihan untuk bayar dan banyak juga pilihan bank yang ada untuk Internet Banking. Sekiranya menggunakan internet banking, browser akan direct ke page bank kita tu, dan settlekan bayaran jangan dipangkah tab itu ya.

Review dan Pay Airasia
#tips- save atau print penyata dari bank untuk dijadikan rujukan. Always be prepared.

Step 7

Akhir sekali, kita akan menerima email pengesahan tempahan bersama AirAsia Travel Itinerary dan nombor tempahan ( booking number ). Gunakan nombor tempahan tersebut untuk semak nanti.

14 hari (2 minggu) sebelum terbang, boleh buat check in secara online untuk dapatkan Boarding Pass. Masuk ke laman web Air Asia dan klik Web Check-in.

Airasia Web Check-in
Airasia Web Check-in
Kalau check in di kaunter, bayaran RM10 dikenakan untuk setiap keping tiket. Print Boarding Pass.
Kalau tak boleh print pun tak perlu risau. Ada 2 option lain:
  1.  Pilih option telefon pintar semasa proses Check-in dan QR kod akan dihantar ke telefon bimbit . Bila di lapangan terbang, ada kiosk Air Asia. Imbas kod QR untuk print.
  2.  Pilih option e-mail semasa proses Check-in untuk menyimpan salinan Boarding Pass dalam bentuk PDF dan mencetaknya kemudian.
#tips - datanglah awal ke airport jika jarang terbang. Lepak-lepak minum kopi dulu sambil settlekan urusan dengan cermat.

Kata-kata penulis

Selamat bermusafir dan selamat melalui pengalaman pertama menaiki kapal terbang. Rajin-rajinlah check website AirAsia untuk dapat tahu offer terbaru. Selamat meneroka. Assalamualaikum.
Tq

Credit :Airasia.com, Wikipedia

Top 10 Tempat Lepak dalam Penang

Sunday, 31 August 2014


"Al, nak gi mane mlm ni"... "Mana la aku tau. Hampa habaq ja nak pi mana. Aku bawak"..."Alaa, ko takkan tak tahu port best kat sini. Kan tempat ko"....yerr memang aku dilahirkan disini. Disunatkan, disekolahkan dan diajar tentang erti kehidupan di negeri ini. Aku anak jati pulau mutiara. Akulah penyokong 'chipsmore' skuad bolasepak harimau kumbang, menang muncul kalah menghilang.. Aku jarang bayar tol sebab tak ada satu jalan pun yang perlu ditolkan didalam kawasan pulau. Kalau lapar aku tak cari restoran mamak atau mana-mana tempat makan yang korang pernah terbaca dari entri-entri 'Top 10...'. Aku balik jamah masakan mak. Passemboq pun aku rasa setahun sekali. Nanti aku tulis tentang mana mau makan dalam Penang. Sekarang ni biar aku habaq lokasi-lokasi strategik sesuai hampa nak melepak. Wokeh?


Sattt sat, izinkan aku berceloteh seperenggan dua. Aku suka ingatkan ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak~ serta masyarakat diluar sana agar tidak memandang serong terhadap geng kaki lepak. Banyak 'input' yang berguna untuk bekalan hidup datangnya dari aktiviti ini. Berapa ramai dari kita mendapat ilham hasil dari melepak. Kerajaan juga aku lihat memandang budaya melepak dari sudut yang positif dan ini terbukti dengan bertambahnya tempat-tempat melepak seluruh negara. Diharap dana yang lebih dapat diperuntukkan agar dinaik taraf tempat lepak ini supaya lebih 'grand' dan awesome.


Pada pandangan aku, tempat lepak akan dipilih berdasarkan kesesuaian. Kelas pelepak, topik perbincangan dan masalah akan menentukan tempat kaki lepak bertapak.
Contoh paling senang :

lelaki bujang+masa depan+jodoh belum sampai = tepi pantai,
pakcik2+politik+PRU dah dekat=kedai kopi,
Makcik2+kuih raya+minggu depan raya=rumah mak jah
Disebabkan aku belum 'research' tempat-tempat lepak untuk pokcik dan mokcik. Wajarlah sekiranya aku khabarkan 'port' untuk golongan bujang 20an dan 30an.

Top 10 tempat lepak dalam pulau Penang:

1- Pesisir laut Bandar Sri Pinang

Tempat ni paling cool bagi aku. Lebih tenang dan kurang pengunjung dari tempat-tempat lepak lain. So takda lah segan kalau nak sembang pasal hal rumah tangga yang belum terbina tu kuat-kuat. Terletak bersebelahan dengan Jelutong Expressway. Tak perlu exit untuk bayar tol keyh. Just follow signboard Bandar Sri Pinang. View yang cantik menghadap tanah seberang (Prai). Ada 4 batang tiang biru yang tinggi sebagai tarikan pengunjung berselfie-wefie. Juga ada Starbuck dan McD disini. Mohon Boikot!. Israeliat. Haha

Pesisir Bandar Sri Pinang

2- Pesisir laut Queensbay.

Menarik dan mudah diakses oleh orang pulau mahupun orang seberang sebab turun ja dari jambatan ambil kiri lepas tu kiri lagi terus dan sampai. Semudah aa ba ta. Walaupun kurang tempat duduk khas, korang boleh lepak atau baring atas batu tepi laut berteman bayu yang bertiup lembut dan tikus yang sejinak stuart little. Kalau siang boleh main layang-layang kalau malam pasang angan-angan. Terdapat gerai-gerai makanan dan minuman yang dibuka hingga lewat malam. Kalau dah bosan..masuk mall beli tiket wayang. Kan mudah!.

Queensbay
Berangan di tepi laut Queensbay

3- Pesiaran Gurney @ Gurney Drive

Tidak seperti Quensbay yang memiliki 3 buah 'roundbot', disini cuma ada satu roundbot sebagai tanda selamat datang kepada pengunjung. Jangan risau kerana tempat duduk banyak. Kalau lapar boleh jalan kaki ke foodcourt bersebelahan roundbot. Jalan jauh sikit, boleh sampai ke restoran kapitan dan ada sebuah lagi restoran mamak yang aku dah lupa nama. Ruang yang luas jangan dibazirkan. Baringlah sambil menghayati deruan ombak yang memukul tembok. Pasti menenangkan. Mana nak tau untung sabut timbul aci sorang cun punya hidung mancung, pipi bagai pauh dilayang, bibir basah bak mekarnya mawar, alis mata lentik tak jemu kita memandang, lenggok jalan model peragaan...sekali bersuara Kauu...garaunya. Mohon mintak simpang.

Gurney Drive

4- Padang Kota Lama @ Esplanade

'Legendary' itulah satu perkataan yang sesuai utk tempat ini. Generasi berganti generasi melepak disini. Dengar-dengar Captain Francis Light pun dolu-dolu 'lepakking' disini so no wonder lah u'olls peranakan baba nyonya, kacukan portugis, british, siam, india dan banjarese continue melepak disini. Segala event, konsert dan ceramah agama diadakan disini. Ada juga yang memancing disini. (Rujuk mereka untuk spesis ikan & umpan digunakan). Jalan sekeliling padang kota juga adalah litar lumba 'convertible'. Style kan!!. Malangnya Formula1 & motoGP belum pernah guna trek ni lagi, yang ada cuma kejohanan lumba motosikal cubPrix. Itupun dah cukup riuh aku rasa. Janji ada gadis litar. Wakaka.

padang kota lama
Ramai yang beriadah di Padang Kota Lama

5-Bawah Penang Bridge (pulau)

'port' ni remote sikit dari port-port lain rasanya sebab takda apa-apa tarikan. Kelebihannya, kalau hujan korang dilindungi oleh bumbung konkrit diatas kepala, confirm x basah. Ini 1st bridge tau..2nd bridge blom ada yang teroka lg, mungkinkah aku?. Selain view tiang2 jambatan yang mencacak hingga ke seberang, terdapat bot2 yang berlabuh disebelah kanan jambatan mewujudkan scenery yang lawa sewaktu senja. Ramai juga 'joran king' yang test power kat sini. Waktu malam kawasan ni amat gelap, jadi hindarilah diri dari maksiat dan kemungkaran. Hayatilah keindahan jambatan ke-36 terpanjang di bumi, 'Made by Korea'.

Penang Bridge
Pemandangan malam di Penang Bridge
No. 6 - 10 terlalu 'mainstream' so, lepaklah dimana-mana Nasi kandar atau restoran 'fastfood' yang menawarkan fasiliti 'wifi' dan toilet. Sambil membincangkan masa depan yang bakal gemilang terbilang sambil menghirup secangkir horlicks sambil itu juga boleh kerling ke skrin tv kalau-kalau ada info menarik atau gol yang dijaringkan.

#pesan berpesan kepada rakan taulan...mohon melepaklah sesama mahram dan jagalah perbatasan pergaulan. Alang-alang kalau dah tak tahan tu kahwinlah. Lepas tu boleh enjoy sakan. Hakhak. Assalamualaikum.

Photo Credit: Blogger, Google
 

Popular Posts

Community

Backpackers Buddies MalaysiaWarga Gunung IPTKelab Kembara Unimap

Wafi's bookshelf

Opera Angkasa
Tiada tajuk
Contengan Jalanan
For One More Day
The Big Bad Wolf
Hijab Sang Pencinta
Digital Fortress
Fighter
Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad
Hamas: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis
Misi Hero
Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna
Takdir : Cahaya Yang Tidak Terpadam
Hero
Legasi Pejuang


Wa's favorite books »