Facebook : Disebalik Tabir Murni
Sunday, 10 August 2014
Rumah korang ada akuarium? kalau ada... pernah tak luangkan masa selepas kerja atau waktu-waktu 'stress' dengan melihat hidupan akuatik berenang-renang. Kalau tak pernah boleh 'try' lepas ni. Selain dari hias rumah, hobi, atau cuma 'follower' musim bela ikan, melihat ikan berenang-renang juga boleh dikira sebagai terapi untuk hilangkan tekanan dan tenangkan diri.
Kalau diperhati betul-betul. Korang rasa ikan ni spesis buat sempoi tak? ..aku rasa!. Kadang-kadang tu 'style' berenang dah tau 'poyo'. Menyenget lah, kuak lentang, main2 ekor, gulingan separuh parabola dan macam-macam lah. Banyak persamaan aku lihat perangai ikan ni tunjuk 'bagus' dengan sesetengah pengguna 'Facebook' zaman sekarang ni dan aku rasa dah terlampau bagus melampau membiak mereput bernanah kian membusuk merosakkan pelayaran masyarakat kita. Ewah!.
Fitnah 'toksah dok' cakap lah. Tiap-tiap saat muncul. Menipu? Aku tak rasa wujud banyak kejujuran melalui 'post' dan 'share'. Adapun 'post' yang nampak berilmu sikit tu dikomen pula oleh golongan 'ilmuan' yang tersangat tinggi pengetahuannya dalam ilmu hadis dan fekah. Segala ilmu akhirat gamaknya tersemat didada. Golongan ni punya banyak masa menggali hadis-hadis yang mudah disalin tampal walhal tak mengaji satu haram pun tentang hadis tersebut. Astaghfirullah.
Adapun 'geng' yang takdak kerja tapi apabila ada kerja remeh temeh sikit seperti memberi makan kucing, membelai kucing, 'check' jantina kucing, 'candid' ngan kucing dan aktiviti laqa yang lain wajib bagi 'geng' si paku gelang ni untuk mewarwarkan pada dunia akan aktiviti mereka. Baru belajar tumbuk sambal pun nak bagitaukah? Sampah! .Hebahan hidup mereka yang umpama meminta kaki dan kasut kita (confirm ja haha) sememangnya satu fenomena ganjil yang tidak pernah berlaku sejak ribuan tahun malahan tiada dalam rekod sedari zaman keangkuhan firaun.
Paling 'best' mestilah gambar-gambar seksi separa hampir bogel yang dimuat naik khas buat tatapan nafsu jantina lain. Yang betina tunjuk lurah neraka yang jantan tak kurang tunjuk perkasa. Kalau yang bertudung pun ber'style' tak ketahuan minta diseksa ditanah kuburan nanti. Melayu tidak lagi malu nak 'declare' hubungan sejenis. 10 tahun lepas takda pun benda ni berleluasa. Sekarang ni ja...
Baru-baru ni, aku terbaca satu tajuk yang menarik iaitu : Relevankan Facebook dengan pengguna di Malaysia. Patutkah FB disekat di negara kita? Perlukah penapisan? Apakah tindakan SKMM? Tak sayangkah kita pada fitnah-fitnah yg meluas sayu mata memandang? Tak rindukah kita pada 'post'2 dan komen-komen bodoh bangang? Aku mohon supaya kita menjawap semua persoalan ini dengan akal yang hanya dikurniakan pada manusia tiada pada haiwan mergastua dan reptilia berdarah sejuk. Fikir-fikirkanlah. Wallahuaklam. Assalamualaikum.
Credit Photo: cdn-media
Labels:
facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment