Kita Orang Asia!
Friday, 29 August 2014
Suatu tengah hari tu aku keluar makan dekat kawasan kilang aku praktikal ni. Aku jamah ikan merah goreng, sayur peria goreng, telur dan sedikit sambal belacan buat cecah dengan ikan. Sedap beb. Sedang aku dan member2 sepraktikal makan, satu geng foreign worker masuk ke perkarangan kedai. Aku rasa dari indonesia maybe . Selalunya kepakaran aku teka kewarganegaraan ni memang takda tolok bandingnya tapi kali ni aku confuse sikit sebab fizikal diorang yang comot, sasa, dan kulit dah koko gelap kemerah2an yang hangat. Dalam erti kata lain adalah 'sunburn' (senang kan?). Beratur lah sorang2 ambil makanan. Kau tau nasi dlm pinggan diorang?? Elok makan pakai talam sebab dah tak muat. Overload menggunung kat pinggan tu. Aku tak pandang dari sudut negatif, aku lihat yang kita ni sama ja orang Asia. Kita cari rezeki tanpa hirau penampilan. Time makan isi perut sampai kenyang, time kerja biar sampai peluh2. Dapat gaji nanti puas sebab hasil titik peluh. Kan?.
Walaupun kita dikategorikan sebagai bangsa memilih. Kerja kontrak binaan tak mau. Kerja level 'operator' kilang ditolak. Patutlah menganggor!. Tapi kita tetap bangsa yang rajin. Kita 'kaki' facebook yang paling rajin di rantau ini. Rajin orang Asia takda pada orang Eropah dan benua2 lain. Klau ada peluang bukak bisnes nnti aku gajikan orang Asia sebab berkebolehan dan rajin buat kerja. Tak memilih. Tak melawan. Senang. Yang melayu aku jadikan 'bos'. Setuju lah tu..
Selang beberapa hari berikutnya..macam biasa rutin harian aku sejak latihan industri, awal2 pagi subuh gajah kadang2 badak. Mandi then gerak ke kilang. Kalau ada 'order' nasi lemak aku akan singgah beli dulu. Tungkus lumus kerja cari sesuap elaun selama 10 jam. Waktu kerja tamat ketika matahari tinggal beberapa 'degree' lagi sebelum terbenam, perlahan2 aku menyelit dicelah2 kenderaan berjenama tempatan dan luar negara untuk pulang ke rumah. Tekan butang lif. Tunggu. Bosan. Otak aku mula berfikir... Apakah matlamat hidup aku kalau benda yang sama yang aku buat hari ini, kelmarin, 8 hari lepas, 20 jam lepas..berulang dan berulang?. Oh! Apa kata kita sama2 fikir. Sebab hampa pun akan lalui kehidupan ni. Umpama kipas siling...nak tak nak kalau aku tekan suis kau pusing situ jugak.
Macam mana pulak dengan kebebasan kemurahan hati kerajaan membuka pintu rezeki kepada orang asing akhirnya membuka pula satu pintu lain yang dilalui oleh kumpulan pembebas yang kononnya menuntut tanah hak milik moyang mereka ratusan tahun dahulu? Pencerobohan di timur Borneo iaitu di Lahad Datu membuka pandangan kita yang selama ini cuma tertumpu di semenanjung sahaja. Kita lupa akan tanah yang lebih luas. Tanah yang bukan lagi didiami oleh kaum pribumi yang cuma tahu menyumpit. Mereka sudah terpelajar dan tahu menilai siapa ank tiri, anak kandung, abang angkat ataupun bini ke-4. Dahulu memang kita dijajah terang terangan oleh barat dan jepun. Namun kini mereka dah ubah kepada stategi penjajahan yang lebih terancang dan menguntungkan. Saat ini aku ingin syorkan agar kita orang asia memajukan minda kita dan cuba jajah barat pula. Amacam?
#maaf kalau entry ini menceritakan tentang perkara yang sama seperti entry lepas iaitu Kerja Oii Kerja. Bolehkah kalau aku katakan ini adalah sambungan? Haha. Selamat membaca.
Photo Credit: National Geographic
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment