Search This Blog

Hiking Gunung Bintang

Tuesday, 4 November 2014

Bintang di Bintang
Travelog Gunung Bintang

Pagi sabtu, tanggal 11 Oktober 2014. Perjalanan menaiki bas hampir 5 jam tadi terasa sekejap sahaja sesampainya di Lata Sedim, Kulim, Kedah. Ditinggalkan di situ , kami ucapkan selamat jalan kepada pakcik bas sambil melambai-lambai tangan…jumpa lagi isnin nanti. Dingin pagi menggigit roma-roma kulit namun tuntutan untuk menegakkan tiang agama tidak dilupakan. Usai subuh, smua pun sambung tido sementara menunggu guide sampai. Dengkuran didengari walau hanya tidur beralas ground sheet diwarung kopi orang kampung. Remix pulak dengan deruan air sungai ahh Beethoven semulajadi.

Sedikit info pasal gunung ni, Gunung Bintang (1862m @ 6110ft) menurut Wikipedia terletak di sempadan Kedah dan Perak. Terletak dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Inas dan antara gunung yang memuncak dalam Banjaran Bintang. Kalau nak buat Trans Bintang perlu masa 5 hari yang jarang-jarang aku dengar ada group yang buat. Kalau ada tolong ajak aku. Haha.

Kurang lebih 9 pagi, guide kami Abg Adam sampai membawa sarapan, lunch siap dibungkus dan tshirt hiking kaler ungu beb. Dari Lata Sedim, kami menaiki four by four 4x4 melepasi trek balak yg licin dan penuh dengan pokok yang tumbang. Ternyata satu pengalaman yang pasti diingat semua. Sesampai di permulaan trek mendaki G. Bintang, briefing sikit dari Abg Adam, bacaan doa, self warmup and here we go!.

Pandangan Waterfall dari dewan terbuka

Bermalam di dewan terbuka Waterfall
Kami mendaki selama 5 jam sebelum sampai di waterfall dimana kami bermalam disana. Trek menuju waterfall ternyata begitu mencabar mental kami dek kerana trek yang telah lama tidak dilalui dan begitu banyak rumpun buluh yang tumbang dan menghalang pendakian. Guide dan sweeper bekerja keras menebang buluh dan menebas lalang yang menutupi trek. Bukan mudah sebenarnya menjadi guide hiking ni, perlu kerja lebih dan berat tanggungjawab menjaga keselamatan peserta. Sejam sebelum tiba di waterfall, hujan mulai turun dan kami terpaksa lunch di pertengahan jalan untuk menghilangkan rasa lapar.Jadi perjalanan yang sepatutnya 3 ~ 4 jam menjadi 5 jam. Target hari pertama untuk sampai ke kem bunian tidak tercapai dan akan diteruskan keesokkan harinya.

Angin sejuk dan deruan air terjun membangkitkan kami dipagi ahad. Selepas gosok gigi dan cuci muka ala P. Ramlee, kami 'mengalas' perut kemudian packing barang dan terus mendaki menuju kem bunian. Pendakian mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk tiba di Kem Bunian .Pendakian  menempuhi check point Permatang 1,2,3 dan entah ada atau tidak yang ke 4 .Around pukul 3 petang kami tiba di kem bunian dan terus memasang khemah. Peluang melihat water point tidak dilepaskan. Jarak 30 meter ke water point mengambil masa lebih kurang 10 minit. Ternyata berbaloi dan rugi kalau tidak melihat waterfall yang hijau berlumut. Sayangnya aku lupa bawa camera ke situ. Huhu.

Campsite Bunian
Tepat pukul 5, kami bergerak menuju puncak. Trek akan melalui Bonsai Garden kemudian Puncak Bintang Kecil dan akhir sekali Puncak Gunung Bintang yang berketinggian 1862 m dari aras laut. Panorama yang indah dapat dilihat diatas puncak G. Bintang. Walaupun jerebu yang tebal, kami berpeluang melihat keindahan Banjaran Bintang yang sayup mata memandang. Penat selfie groufie, kami gegas bergerak balik ke Kem Bunian kerana kesejukan dan nak mengurangkan trekking didalam gelap. Oh! Tak lupa aku juga lompat bintang kat puncak tu. Perjalanan dari puncak G. Bintang ke Puncak Bintang Kecil mengambil masa 1 jam dan 1 jam seterusnya kami trekking didalam gelap berpandukan headlamp smpailah ke Kem Bunian. Acara sapa cepat salin pakaian berlangsung. Mana tak nya semua dah menggeletar dengan suhu yang rendah dan pakaian yang basah.

Puncak Bintang Kecil
Acara melompat untuk bazirkan tenaga di Puncak Bintang Kecil
Malam itu, cuaca amat baik. Dari Kem Bunian, kami dapat melihat cahaya lampu neon dan lampu jalan TNB yang berkerlipan didataran. Menghayati suasana malam begitu mengasyikkan. Sudah kenyang men'yantap' dinner, kami terus tidur dengan nyenyaknya. Esok dah nak balik. Yohoho!.
Seronok camping pnya pasal, pagi isnin itu pukul 10 baru kami mulai bergerak turun. Pergerakan turun begitu laju,aku tak nampak group depan tuptup da sampai Waterfall tepat 12.30 tengahari. Time mendaki itu hari, semua langkah kura-kura tapi turun saja dah ada tenaga luarbiasa. Dari mana datang agaknya!. Kami berehat lunch selama hampir 1 jam dan teruskan trekking menurun ke trek 4x4. Dah lama menurun, jari kaki pun mulai berdenyut dan trek buluh memang mencabar kesabaran dan menguji mental. Aku lihat semua dan luntur macam batang buluh. Pukul 3 lebih, kami berjaya menamatkan pendakian. Semua pun Hooray apabila melihat kelibat Jeep Cheerio sudah menunggu. Pacat dan miang yang terlekat di kaki bukan lagi mimpi ngeri. Tahniah semua. Jumpa lagi lain gunung nanti.
Akan kugapai bintang dilangit siang. lagu mana tu...
Panorama dari Puncak G Bintang

#ingatlah…pacat dan kaki tak dapat dipisahkan. Pinggang dan buluh ada kaitan ergonomiknya.

Kelas yeayl
Khamis 16 Oct 14, 11.13am
Orang pakai kasut aku cuma berselipar Asadi.

No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Community

Backpackers Buddies MalaysiaWarga Gunung IPTKelab Kembara Unimap

Wafi's bookshelf

Opera Angkasa
Tiada tajuk
Contengan Jalanan
For One More Day
The Big Bad Wolf
Hijab Sang Pencinta
Digital Fortress
Fighter
Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad
Hamas: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis
Misi Hero
Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna
Takdir : Cahaya Yang Tidak Terpadam
Hero
Legasi Pejuang


Wa's favorite books »