Search This Blog

Top 10 Genre Muzik - #SukaHatiAku

Friday 12 September 2014

Muzik adalah perkara biasa yang dibualkan baik oleh golongan muda mahupun berumur. Peningkatan umur membawa kepada perubahan genre muzik yang dilayan.Setuju tak?

genre muzik
Various Jenis Genre Muzik
Waktu kecil genre muzik yang aku dengar surelah Nashid kann. Siapa yang tak kenal kumpulan Rabbani, Raihan, Hijjaz, Inteam, UNIC, NowSeeHeart, Saujana, dan beberapa kumpulan lagi. Tahun awal 90'an negara kita dibanjiri kumpulan nashid yang rata-ratanya berbakat dan nyanyian mereka lunak didengar sesuai dijadikan pedoman dan ingatan menjalani kehidupan.

Menjengah usia remaja, bermula sekolah menengah aku mula tukar genre kearah Alternative Rock, Grunge, Hard-rock dan Heavy-metal almaklumlah budak-budak baru nak membesar. Haha. Buku tulis sekolah mula dipenuhi nota muzik lirik-lirik lagu Nirvana, GunNRoses, Linkin Park, System Of A Down dan lain-lain kumpulan metal. Baru nak baligh, suara pun garau memang sesuai sangat nak nyanyi ala-ala metal nih. Kahkah.

Zaman bercinta penuh suka duka genre muzik pun ditukar lagi, kali ini lagu-lagu jiwang karat meleleh dilubang telinga. Playlist MP3 mengulang lagu-lagu nyanyian Ukays, BPR, XPDC, Stings, Spoon, May, Exists, dan macam-macam lah. Rugi tak dengar lagu-lagu melayu ni...boleh nangis gua cakap sama lu. Try lah! Tak kurang hebatnya lagu 'omputih' yang jiwang oleh Westlife,Boyzone, Backstreet Boys, N Sync & Blue. Kalau dengar balik sekarang pun boleh goyang kaki lagi.

Tamat zaman persekolahan, mungkin dah matang so segala genre lagu yang rasa boleh dihadam dan sedap dijadikan halwa telinga didownload dan didengar melalui smartphone tanpa mengira masa. Kehidupan di universiti, beginilah agaknya. Rinduku pada zaman remaja aku bertandang kembali saat menulis entri ini. So, tamat sampai sini sahaja. Thanks kepada pembaca.

Aku listkan genre pilihan aku, harap-harap rakan-rakan sudi berkongsi genre yang diminati. Kalau nak bagitau lagu yang diminati pun tak kisah.:) Assalamualaikum.

TOP 10 Genre Sukahati Aku. (tiada susunan)
  • Pop-Rock
  • Alternative Rock
  • Grunge
  • Pop
  • R&B
  • Hip Hop
  • Rap
  • Smooth Jazz
  • Techno
  • Hard-Rock
Layan boysband dulu....!!


Photo Credit : ukmusiclover.uk
Video : youtube

No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Community

Backpackers Buddies MalaysiaWarga Gunung IPTKelab Kembara Unimap

Wafi's bookshelf

Opera Angkasa
Tiada tajuk
Contengan Jalanan
For One More Day
The Big Bad Wolf
Hijab Sang Pencinta
Digital Fortress
Fighter
Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad
Hamas: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis
Misi Hero
Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna
Takdir : Cahaya Yang Tidak Terpadam
Hero
Legasi Pejuang


Wa's favorite books »