Search This Blog

Mengail Puyu Dibendang #onlyinperlis

Tuesday, 4 November 2014

Ala-ala koboi di parit
Mengail di Kuala Perlis
Musim hujan seawal bulan September hingga bulan Oktober meleret sampai pertengahan November memberi peluang kepada seluruh penduduk negeri Perlis yang minat aktiviti mengail dibendang atau di tali air melaksanakan hobi mereka. Tak kira peringkat umur, hobi ini dilihat sebagai hobi turun temurun. Bukan sahaja yang mengail sorang-sorang malahan kadang-kadang boleh dilihat satu keluarga datang menaiki kereta dan mengail puyu bersama-sama sambil berkelah ditepi bendang. Baling ja kail yang sudah dicangkuk dengan umpan ada lah habuannya untuk si pengail.

Sebagai student yang dipenuhi sifat ingin tahu, aku dan sekalian housemate pun turun bendang dengan tujuan nak merasa mengail puyu. Masing-masing dengan agenda sendiri, kami keluar mencari lubuk yang dikatakan tempat puyu berkampung.
Berbekalkan rod puyu, cengkerik sebungkus RM2 dan semangat yang berkobar-kobar, kami berlumba-lumba menceroboh bendang berdekatan hostel.

Yang tecangak tu tengah gian menunggu giliran
Rod cuma ada 2 batang, so berebut-rebut lah kami selepas masing-masing berjaya mendaratkan puyu dan haruan. Sifat rakus dan ketagihan memancing mula menyelubungi housemate aku. Akhirnya aku memilih untuk menjadi tukang penyorak dan tukang kira ikan.
Tukang bilang ikan dengan ikan orang
Menjelang maghrib, kami bekemas untuk pulang. Masing-masing berasa kemas dengan skill individu dan puas dengan hasil tangkapan. Keseluruhannya baldi kami terisi dengan belasan ekor ikan puyu dan 3 ekor ikan haruan.

Yang aku dengar-dengar dari orang, puyu ni sedap digoreng manakala haruan ni elok untuk perubatan. Takut untuk makan ikan yang bertarung dengan kami siang tadi, jadi salah seorang housemate aku yang terbukti keramah mesraan beliau dengan orang kampung menghadiahkan ikan-ikan tersebut kepada jiran kami. Selepas itu, aku sudah tidak mendengar apa-apa berita tentang ikan-ikan tersebut. Nasib mereka entah bagaimana. Jika ada masa nanti pasti kami kembali berentap dengan puyu dibendang.
Assalamualaikum.

Ini rupenye agenda tersembunyi mereka


Penat membaca relakskan minda dan tontonlah video yang diedit Baim dengan penuh kasih sayang :)

No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Community

Backpackers Buddies MalaysiaWarga Gunung IPTKelab Kembara Unimap

Wafi's bookshelf

Opera Angkasa
Tiada tajuk
Contengan Jalanan
For One More Day
The Big Bad Wolf
Hijab Sang Pencinta
Digital Fortress
Fighter
Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad
Hamas: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis
Misi Hero
Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna
Takdir : Cahaya Yang Tidak Terpadam
Hero
Legasi Pejuang


Wa's favorite books »