Search This Blog

Naik Minyak!

Saturday, 4 October 2014

Apa kau fikir 20sen itu sikit? Tak ada 20sen kau takkan dapat beli apa-apa barang dari kedai runcit. Apa kau ingat tauke kedai cukup murah hati nak cincai kira 20sen. Kau yang kaya bergaji puluhan ribu kau cakap sikit hal 20sen. Sedang asyik kau bergaya memperagakan jenama luar negara kau sombong menyalahkan aku yang kurang terpelajar kurang berjaya. Yang dibawah terseksa sedang kau dipentas lantang bermadah manis bicara.

Sungguh aku kecewa. Dikala aku melangkah ke pasar biasa bukan pasaraya, teleng leher aku mengira nombor tertera. Dongeng bertukar lagenda, al-kisah bukan lagi luar biasa, dahulu sejuta senak perut kalau didengar boleh mengundang koma kini dengar Rm 1 sekampung turun tanya siapa meniaga.

Siapa cipta catur? Aku terpanggil untuk bertanya. Pandai dia cipta. Setiap buah catur itu mewakili golongan kita. Bijak!. Yang botak pendek itu yang terseksa. Berkorban apa saja. Bising saja dibawah sana. Ada saja yang tidak kena. Itu salah ini bukan dia. 20 sen saja, seminggu kemudian seperti tiada bencana.

Patah tumbuh, hilang berganti-ganti. Belum pun patah, berasak ujar layak nak jadi pengganti. Bersambung episod empayar maha sakti. Walau benua bercantum kembali, tebiat masyarakat buatlah apa pun sumpah tak jadi.

Akibat terbiasa, manusia lena. Pulun memberontak alih-alih begitu juga. Hanya dalam mimpi saja yang tawarkan dunia konsep setara. Tentu sekali mustahil nak dipraktikkan. Mahu saja terbuka segala pekung didada. Alahai mana nak sorokkan muka.


Wafi
4 October 14
2.50 am
Tilam hangat dibilik berhabuk sebulan tak guna.

No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Community

Backpackers Buddies MalaysiaWarga Gunung IPTKelab Kembara Unimap

Wafi's bookshelf

Opera Angkasa
Tiada tajuk
Contengan Jalanan
For One More Day
The Big Bad Wolf
Hijab Sang Pencinta
Digital Fortress
Fighter
Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad
Hamas: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis
Misi Hero
Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna
Takdir : Cahaya Yang Tidak Terpadam
Hero
Legasi Pejuang


Wa's favorite books »