Bongsai, Berembun CBL |
Salam kembara buat semua peneroka alam diluar sana. Samaada anda aktif beriadah ataupun cuma sesekali keluar mencari udara nyaman ingatlah pesanan yang akan aku sampaikan ini. 10 nasihat berguna buat para pendaki bukit mahupun gunung, juga buat mereka yang meninggalkan rumah dan melakukan aktiviti lasak hadamlah sedikit pesanan yang diinspirasikan artikel tulisan seorang penulis di mob.com. Penulisan adalah gaya santai hako...dan ingatlah benda ini serius sebenarnya.
1) Beritahu keluarga dan sahabat handai
Di zaman serba canggih ini amatlah mudah untuk kita menghebahkan tujuan kita untuk mendaki di laman sosial untuk dapatkan perhatian rakan-rakan. Yang paling penting mesti beritahu ibubapa dan adik beradik yang lain akan aktiviti kita. Detailkan masa pendakian kita bermula dan tamat. Dengan itu senanglah mereka mengambil tindakan apabila tidak mendengar khabar dari kita. pentingkan ibubapa dari gilfren korang k. "Mak, nak hiking gunung"..."Gunung lagi?!!'.2) Pakai pakaian yang bersesuaian
Kasut yang sesuai mengelakkan tuan puan cik encik dari tergelincir diatas batu licin dan menjamin cengkaman yang kuat diatas trek mendaki. Selain itu juga menjaga jari dan kuku dari melecet dan patah Erkk.
Pernah semasa aku mendaki Gunung Tebu, Terengganu....seorang awek ni pakai seluar jeans, ketat pulak tu. Nasib waktu tu nafsu haku hanya untuk mendaki dan niat menikmati flora fauna serta tujuan mengukir nama dipuncak so faham-fahamlah. Nak dijadikan drama lagi, hujan pulak turun dengan lebatnya so awek tadi ni aku nampak dah tak larat fizikal dan mental. Sebabnya seluar dah jadi berat dengan air hujan dan seminit cuma dapat buat 3 langkah. Bila nak sampai kan!. Ambillah iktibar.3) Ajak kawan atau kumpulan
Selain meriuhkan suasana, adanya kawan jadi peneman kita dikala susah san senang. Sistem buddy dalam kumpulan boleh pastikan setiap orang ambil tahu akan satu sama lain. Elakkan dengan bukan mahram dalam hutan tebal dan carilah kawan sejenis jika berdua. Ada manfaatnya. Pelihara flora fauna. (xda kena mengena).
4) Bawak wisel
Dua sebutan yang seram pabila didengar dimalam hari dan sukar disebut tatkala kesusahan,To...Longggg. Untuk membantu mendapatkan bantuan disaat kecemasan gunalah wisel yang kuat bunyinya bukan yang kita main kecik-kecik dulu. Tiga tiupan pendek atau 1 tiupan berterusan adalah universal signal untuk meminta tolong. Ulang tiupan sehinggalah ada balasan 2 tiupan pendek atau 1 tiupan berterusan dari pihak lain. Abaikan balasan selain itu. Haha
5) Pakai pakaian berwarna cerah.
Florescent, putih, kuning, oren, merah, biru muda, apa lagi?pink?? warna-warna yang meriah ni bakal membantu anda jika hilang atau senang dilihat terutamanya didalam gelap atau anda sendiri yang gelap.
6) Gunakan laluan biasa bukan yang luarbiasa!
Jika mahu menjadi pendaki yang hebat dan diakui ramai, mesti terlintas dihati untuk mencuba laluan baru dan mencabar maklumlah keinginan untuk mencuba apa yang baru sentiasa ada. Jika rasa yakin level 10 dan berani level 18 teruskan aja. Jika ragu-ragu malu bertanya kawan sesat cari jalan pulang kembalilah ke jalan yang lurus dan trek yang telah disediakan.
Tanpa tahu waktu untuk sampai ke sesuatu checkpoint semasa mendaki mendatangkan masalah kekurangan air minum dan kebarangkalian untuk sesat pun tahap 10. Pilihlah yang selamat.
7) Elakkan cuaca buruk
Jangan jadi hero, cuma tarzan ja yang power dalam hutan. Jika cuaca buruk, batalkan pendakian dan tunda ke lain hari. Bak kata pepatah 'takkan lari gunung dikejar'. Hujan lebat akan mengakibatkan pandangan menjadi terhad dan sesat itu cuma selangkah di persimpangan. Ingatlah orang-orang tersayang dirumah mahupun di universiti. hakk..
8) Bawa alatan kecemasan #firstaid
Gagal subjek Biologi di sekolah dulu tidak menghalang adik-adik dari menjadi doktor merawat diri sendiri. Istilah doktor menurut wikiwafia (Wafi Enterprise) merujuk kepada insan mulia yang merawat kecederaan yang berlaku pada manusia dan makhluk tuhan lain. Sediakan firstaid yang simplepimple untuk merawat kecederaan biasa dan sebagai bantuan awal untuk kecederaan parah.
9) Alas perut dan pemberi tenaga
Pendakian ternyata memenatkan, namun menyeronokkan dengan sejuta pengalaman. Pendakian yang jauh memakan masa yang lama. Apabila badan mula terasa sejuk, tangan terketar-ketar, bibir tak mampu bicara hanya menunggu makanan yang masuk, disaat itulah snek-snek ringan Apollo dan biskut mayat menjadi penyelamat. Bawa snek dan air yang mencukupi. Jangan yang memberatkan. Kek lapis Apollo menjadi rebutan. Percayalah.
10) Tahap kesusahan
Pilih tempat pendakian yang sesuai dengan riang kita. Eh! dengan kemampuan fizikal kita. Setiap gunung diletakkan tahap kesusahan yang berbeza. Ada yang berbatu, yang mencacak, yang licin pacat berbecak, yang gayat melereng gaung dan ada juga yang landai, tanah rata yang sesuai untuk trailing riang ria.
Bersukan, bersenam, berekriasi bersama keluarga...berbudaya sukan jadikanlah...amalan untuk naikkan fitness dan tingkatkan tahap pendakian anda.
Lagu kementerian itu tadi megakhiri nasihat ini..
Sekian, Assalamualaikum
Artikel asal boleh dibaca di : mob.com.my/news/community/february-2014/10-hiking-safety-tips?feed=MOBlatest10blogs#.VCucSWeSzoF
No comments:
Post a Comment