Search This Blog

Malaysia's Biggest Online Sale #MYCyberSALE !

Sunday, 28 September 2014

my cyber sale
#MYCyberSALE
#MYCyberSALE akan bermula esok tanggal 29 September - 1 October. Julung kalinya event membeli belah besar-besaran yang dianjurkan kerajaan dikepalai MDeC (Multimedia Development Corporation) ini adalah untuk mengajar rakyat membeli secara online. Cyber sale ini melibatkan 4,500 peniaga dari 250 E-market.

Ada yang dah ratusan kali membeli secara online, ada juga yang tak pernah langsung menempah apa-apa. Mungkin sebab kurang percaya kepada peniaga yang disebabkan kurang pemahaman terhadap sistem pembelian secara online. Memang, memang ada saban hari yang ditipu. Ada yang duit lesap, ada yang order lain sampainya lain, ada pula yang sendiri salah order salahkan peniaga. Jadilah pembeli online yang bijak.

Membebel banyak-banyak pun tak guna. So, aku nak war-warkan pesta membeli-belah ini dengan menyediakan senarai website kedai online yang menyertai event ni dan offer giler-gilerrr...gerrr

Flight

  1. http://www.airasia.com/
  2. http://www.fireflyz.com.my/
  3. http://www.malaysiaairlines.com/

Buku

  1. http://bagmanonline.com.my/
  2. http://www.buymalaysia.com/
  3. http://www.dashermart.my/
  4. http://www.dealhero.my/
  5. http://www.easymall.my/
  6. http://www.giftbox.com.my/
  7. http://www.ideashop.my/
  8. http://www.jackcow.com/
  9. http://www.lamido.com.my/
  10. http://www.lazada.com.my/
  11. http://www.store4online.my/
  12. http://www.milkadeal.com/
  13. http://www.lelong.com.my/
  14. http://www.myimart.com/
  15. http://www.myqqshop.com/
  16. http://www.avenue86.com/
  17. https://www.bagustore.com.my/mycybersale
  18. http://www.belispree.com/
  19. http://www.rakuten.com.my/
  20. http://shop.nurmuslim.com/
  21. http://www.dashermart.my/
...dan banyak lagi yang kalau rajin boleh check di website http://www.mycybersale.my/ untuk dapatkan list kedai online yang setai event ni. Apa tah omputih punya pekataan...shopaholic?? haaa ikut suka korang lah janji berjimat cermat semasa membeli belah dan dapatkan review dari pengguna lain sebelum membeli. Assalamualaikum.

#ps~boleh la aku angan2 nak dapatkan bag baru, kasut baru, dan bla bla bla baru. kih3..eh duit ada ke dlm akaun??

Tips & Cara Membeli Tiket AirAsia Secara Online!

Sunday, 21 September 2014

Tips beli tiket airasia murah.
7 step to buy AirtAsia Ticket Online.
seat airasia
Kelas ekonomi AirAsia
Alangkah bahgianya dapat menaiki pesawat berjenama Boeing atau Airbus, duduk dikerusi empuk kelas perniagaan, makan dan minum diatas awan bagaikan raja, tidur diselimut peramugari atau peramugara, naik dan turun dihampar karpet merah, tiada masalah di lapangan terbang, melancong dengan indah dan selesa, dan yang paling gembira adalah saat berjaya menempah tiket penerbangan beserta diskaun yang mampu buat kawan-kawan terlopong.

Airasia terkenal dengan penerbangan tambang murah dan diminati ramai. Rakyat berpendapatan rendah tak mampu nak beli tiket yang mahal-mahal, nasib baik ada AirAsia selalu buat offer. Syarikat ini acap kali membuat promosi free seat atau seat yang cuma berharga beberapa sen. Aidilfitri, CNY, Deepavali, Krismas, Merdeka, 16 Sept, hujung tahun, awal tahun, tengah tahun, cuti sekolah dan saja-saja pun Airasia akan mempromosikan tambang percuma.

Promosi AirAsia
Antara Promosi AirAsia
Cara-cara membuat tempahan secara online adalah sangat mudah dan pantas. Here's how to buy Airasia ticket online dan sedikit tips membeli tiket penerbangan. Biasanya berubah dari masa ke masa tapi asasnya still sama.

Step 1

Sekiranya dah tentukan lokasi percutian idaman, terus layari laman web Airasia melalui browser atau aplikasi android (yang sedikit berlainan pada paparan/interface).

Step 2

Pilih airport untuk berlepas (Origin) dan airport bagi mendarat (Destination). Pilih tarikh depart dan return. Option untuk penerbangan sehala/one way boleh dipilih sekiranya masih belum tentukan tarikh untuk balik rumah atau takmau balik langsung. Kemudian klik 'search'.

search box
Ticket Search box
#tips - Beli tiket awal. Perbandingan harga yang ketara boleh dilihat antara beli tiket awal dan beli lewat. Boleh berbeza sampai ratus-ratus ringgit.

Step 3

Seterusnya, kita akan memilih waktu dan harga tiket mengikut kemampuan dan kekangan masa. Jumlah bayaran boleh dilihat di kotak kelabu sebelah kanan yang juga memaparkan sedikit detail tentang khidmat yang kita bayar. Selesai klik 'Continue'.
Select ticket
Select ticket dan harga
#tips - Disebelah atas kotak kelabu, kita boleh lihat satu kotak hitam yang tertulis ' View by Month'. Kemudahan baru ni banyak membantu jika kita ada flexible time dan nak cari tiket yang paling murah dibantu graf harga dan tarikh.
view by month
graf 'View by Month'

Step 4

Sampai pula giliran jejari untuk menaip masuk maklumat peribadi. jika dah ada akaun Airasia, boleh terus login. lebih jimat masa. Klik pada 'Guest 1' dan tick pada 'I'm flying' kalau beli tiket untuk diri sendiri.Untuk orang lain kena key in semula k.

airasia detail
Traveler detail
Adds-ons adalah perkhidmatan tambahan, selalunya orang akan beli baggage tambahan dan sedikit makanan buat alas perut.Boleh juga beli tiket bus shuttle SkyBus KLIA2-KL Sentral dan KLIA2-1Utama.
#tips- tak perlu beli baggage langsung kalau naik flight dengan beg sandang atau backpack laptop atau beg sekolah camtu, sebab boleh bawak naik atas dan letak dalam ruang simpan bag atas kepala. Tapi jangan lebih-lebih sangat, nanti akan disuruh beli sewaktu pemeriksaan,kan susah.

insurans airasia
Adds ons & Insurans Airasia
Insurans adalah amat-amat penting, nak naik dengan aman beli jelah lagipun tak mahal sangat. Untuk keselamatan dan kesenangan hati.

Step 5

Seterusnya, Pick a seat. ikut suka nak pilih tepi tingkap atau tengah-tengah. Ada juga Premium seat yang mungkin dekat dengan toilet atau dekat dengan pintu keluar, entah aku pun tak faham.

pick a seat airasia
Pilihan seat Airasia
#tips - kalau tak cerewet, biarkan saja step 5 ni jangan pilih seat dan terus klik 'continue'. jadi dah jimat sikit. Tempat duduk kita nanti akan diberi secara random.

Step 6

Seterusnya adalah semak dan bayar. Ada banyak pilihan untuk bayar dan banyak juga pilihan bank yang ada untuk Internet Banking. Sekiranya menggunakan internet banking, browser akan direct ke page bank kita tu, dan settlekan bayaran jangan dipangkah tab itu ya.

Review dan Pay Airasia
#tips- save atau print penyata dari bank untuk dijadikan rujukan. Always be prepared.

Step 7

Akhir sekali, kita akan menerima email pengesahan tempahan bersama AirAsia Travel Itinerary dan nombor tempahan ( booking number ). Gunakan nombor tempahan tersebut untuk semak nanti.

14 hari (2 minggu) sebelum terbang, boleh buat check in secara online untuk dapatkan Boarding Pass. Masuk ke laman web Air Asia dan klik Web Check-in.

Airasia Web Check-in
Airasia Web Check-in
Kalau check in di kaunter, bayaran RM10 dikenakan untuk setiap keping tiket. Print Boarding Pass.
Kalau tak boleh print pun tak perlu risau. Ada 2 option lain:
  1.  Pilih option telefon pintar semasa proses Check-in dan QR kod akan dihantar ke telefon bimbit . Bila di lapangan terbang, ada kiosk Air Asia. Imbas kod QR untuk print.
  2.  Pilih option e-mail semasa proses Check-in untuk menyimpan salinan Boarding Pass dalam bentuk PDF dan mencetaknya kemudian.
#tips - datanglah awal ke airport jika jarang terbang. Lepak-lepak minum kopi dulu sambil settlekan urusan dengan cermat.

Kata-kata penulis

Selamat bermusafir dan selamat melalui pengalaman pertama menaiki kapal terbang. Rajin-rajinlah check website AirAsia untuk dapat tahu offer terbaru. Selamat meneroka. Assalamualaikum.
Tq

Credit :Airasia.com, Wikipedia

Segmen Blogwalking Lestari

Tuesday, 16 September 2014

Segmen Blogwalking Lestari
Segmen Blogwalking Lestari
Tahniah kepada Kasih Lestari kerana megadakan Segmen Blogwalking Lestari, yang bertujuan mengumpulkan blog-blog yang menarik untuk memberi kesenangan blogwalking kepada semua.

Aku boleh senaraikan 5 kebaikan segmen blogwalking ini iaitu:
  1. Medium perkenalan sesama blogger Malaysia.
  2. Sumber perkongsian ilmu alam siber.
  3. Mengisi masa lapang tak kira dimana.
  4. Memberi idea penulisan entri baharu.
  5. Mewujudkan satu komuniti blogger yang ohhsem!
Dengan ini, aku join segmen ini. Haha. Sekian, Assalamualaikum.

#ps-Semoga segmen ini mendapat keahlian yang ramai. lekaih2 join!

Top 10 Universiti di Dunia 2014 #dimanaMalaysia?

Top 10 Universiti di Dunia 2014 #dimanaMalaysia?

Untuk senarai Top 10 kali ini, aku kongsikan senarai universiti terbaik didunia. Menurut MalaysiaKini dalam artikel Lima universiti M'sia tersenarai 400 teratas, universiti dinilai berdasarkan 6 kriteria:
  • reputasi akademik
  • reputasi majikan
  • nisbah pelajar fakulti
  • fakulti antarabangsa
  • penunjuk kesan penyelidikan
  • 'citation' setiap fakulti
Hasil dari 6 kriteria diatas, maka yang menonjol adalah universiti berikut:

1. Massachusetts Institute of Technology

Massachusetts Institute of Technology di Cambridge, US
Massachusetts Institute of Technology di Cambridge,US

2. Universiti Cambridge

University of Cambridge
University of Cambridge di Cambridge,UK

3. Imperial College London

Imperial College London
Imperial College London di London,England

4. Universiti Harvard

Harvard University
Harvard University di Cambridge,US

5. Universiti Oxford

University of Oxford
University of Oxford di Oxford,UK

6. University College London

University College London
University College London di London,UK

7. Universiti Stanford

Stanford University
Stanford University di Stanford,US

8. California Institute of Technology

California Institute of Technology
California Institute of Technology di California,US

9. Universiti Princeton

Priceton University
Princeton University di New Jersey,US

10. Universiti Yale

Yale University
Yale University di New Haven,Connecticut,US
Jadi,dimanakah kedudukan universiti di Malaysia?

Ranking Universiti di Malaysia dalam dunia
Ranking Universiti di Malaysia dalam dunia
Jangan risau kalau universiti korang tak tersenarai dalam ranking universiti terbaik didunia. Jika tak dapat bersaing di peringkat dunia, di peringkat Asia pun dah cukup membanggakan.

Ranking universiti Malaysia di Asia

asian university ranking
Asian University Ranking (Malaysia)
Akhir kata, majukan diri, majukan universiti. Sekian

Sumber:Wikipedia, topuniversities.com, forbes,googleimage, etc.
Sumber ranking 2014: http://www.topuniversities.com/

Top 10 Genre Muzik - #SukaHatiAku

Friday, 12 September 2014

Muzik adalah perkara biasa yang dibualkan baik oleh golongan muda mahupun berumur. Peningkatan umur membawa kepada perubahan genre muzik yang dilayan.Setuju tak?

genre muzik
Various Jenis Genre Muzik
Waktu kecil genre muzik yang aku dengar surelah Nashid kann. Siapa yang tak kenal kumpulan Rabbani, Raihan, Hijjaz, Inteam, UNIC, NowSeeHeart, Saujana, dan beberapa kumpulan lagi. Tahun awal 90'an negara kita dibanjiri kumpulan nashid yang rata-ratanya berbakat dan nyanyian mereka lunak didengar sesuai dijadikan pedoman dan ingatan menjalani kehidupan.

Menjengah usia remaja, bermula sekolah menengah aku mula tukar genre kearah Alternative Rock, Grunge, Hard-rock dan Heavy-metal almaklumlah budak-budak baru nak membesar. Haha. Buku tulis sekolah mula dipenuhi nota muzik lirik-lirik lagu Nirvana, GunNRoses, Linkin Park, System Of A Down dan lain-lain kumpulan metal. Baru nak baligh, suara pun garau memang sesuai sangat nak nyanyi ala-ala metal nih. Kahkah.

Zaman bercinta penuh suka duka genre muzik pun ditukar lagi, kali ini lagu-lagu jiwang karat meleleh dilubang telinga. Playlist MP3 mengulang lagu-lagu nyanyian Ukays, BPR, XPDC, Stings, Spoon, May, Exists, dan macam-macam lah. Rugi tak dengar lagu-lagu melayu ni...boleh nangis gua cakap sama lu. Try lah! Tak kurang hebatnya lagu 'omputih' yang jiwang oleh Westlife,Boyzone, Backstreet Boys, N Sync & Blue. Kalau dengar balik sekarang pun boleh goyang kaki lagi.

Tamat zaman persekolahan, mungkin dah matang so segala genre lagu yang rasa boleh dihadam dan sedap dijadikan halwa telinga didownload dan didengar melalui smartphone tanpa mengira masa. Kehidupan di universiti, beginilah agaknya. Rinduku pada zaman remaja aku bertandang kembali saat menulis entri ini. So, tamat sampai sini sahaja. Thanks kepada pembaca.

Aku listkan genre pilihan aku, harap-harap rakan-rakan sudi berkongsi genre yang diminati. Kalau nak bagitau lagu yang diminati pun tak kisah.:) Assalamualaikum.

TOP 10 Genre Sukahati Aku. (tiada susunan)
  • Pop-Rock
  • Alternative Rock
  • Grunge
  • Pop
  • R&B
  • Hip Hop
  • Rap
  • Smooth Jazz
  • Techno
  • Hard-Rock
Layan boysband dulu....!!


Photo Credit : ukmusiclover.uk
Video : youtube
 

Popular Posts

Community

Backpackers Buddies MalaysiaWarga Gunung IPTKelab Kembara Unimap

Wafi's bookshelf

Opera Angkasa
Tiada tajuk
Contengan Jalanan
For One More Day
The Big Bad Wolf
Hijab Sang Pencinta
Digital Fortress
Fighter
Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad
Hamas: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis
Misi Hero
Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna
Takdir : Cahaya Yang Tidak Terpadam
Hero
Legasi Pejuang


Wa's favorite books »